Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran

Email : bul_hira@yahoo.com

 

Sekolah Rendah Islam Hira'

[ Diari | Aktiviti ]

DIARI SRI Hira'
 

Kursus Kepimpinan PSM/PFM SRIH

Kursus tersebut telah diadakan pada 2 – 4 Julai 2001, bertempat di perkarangan Sekolah Rendah Islam Hira’. Ia disertai oleh seramai 40 orang ahli Pergerakan Syabab/Fatayat Malaysia SRIH  peringkat muayyid/dah dan amil/amilah ( darjah 4 dan 5 ). Antara objektif kursus tersebut diadakan ialah untuk mencungkil bakat kepimpinan pelajar, memberi kemahiran ilmu PSFM peringkat sekolah rendah dan mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah mendirikan pengkalan, menghidupkan api/memasak, kawad, ikatan, pertolongan cemas dan kepimpinan.
 

Peperiksaan bertulis UPSRI

Peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam telah diadakan pada 2 – 5 Julai 2001. Seramai 162 orang pelajar dari 163 orang semuanya telah menduduki peperiksaan tersebut. Ia diadakan bertempat di Dewan Tahun Enam dan beberapa kelas tahun satu. Pada tarikh tersebut, murid-murid tahun satu hingga tahun lima  diberi cuti. Peperiksaan tersebut telah dikendalikan oleh sepuluh orang guru pengawas dengan diketuai oleh Muallimah Hasnah Ibrahim. Semoga pelajar-pelajar semua mencapai kejayaan yang cemerlang. Amin !
 

Pertandingan Al Quran 2001 ( Tahap 1 dan Tahap 2 )

Pertandingan tersebut telah diadakan pada 22 Jun 2001 bagi tahap satu dan 6 Julai 2001 bagi tahap dua. Bertempat di Dewan Tahun Enam, ia diadakan dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Objektif pertandingan itu diadakan ialah, pertamanya untuk menanam minat di kalangan pelajar untuk menghafal Al Quran dan memotivasikan mereka yang menghafal juz Amma dengan baik, kedua untuk menggalakkan pelajar cintakan Al Quran dan seterusnya ialah untuk melahirkan pelajar yang dapat membaca Al Quran bertajwid secara amali.

Berikut ialah keputusan pertandingan tersebut.

TAHAP SATU

TILAWAH LELAKI MARKAH PEREMPUAN MARKAH
JOHAN Anas b. Jamil 81% Nur Asyikin Abd. Aziz

84%

NAIB JOHAN Ahmad Adnin Roslan 77% Syahidah Rozinah Liyana 82%
KETIGA Ahmad Nawal Mazlan 74% Norhalilah Fauzan 77%

 

HAFAZAN LELAKI MARKAH PEREMPUAN MARKAH
JOHAN Mohsin Zulkifli 80% Syahidah Rozinah Liyana 83%
NAIB JOHAN Ahmad Adnin Roslan 79% Syuhada Azhar 81%
KETIGA Ali Husaini Adzmi 77% Asma' Nahar 74%

TAHAP DUA

TILAWAH LELAKI MARKAH PEREMPUAN MARKAH
JOHAN M. Wafiy Abd Hadi 90% Azzyan Mohd. Wahid 92%
NAIB JOHAN Ahmad Munir Basir 89& Hana Farina Amzaludin 89%
KETIGA W. M. Amzar Fitiri 85% Nazrah Mohd. Naqiuddin 81%

 

HAFAZAN LELAKI MARKAH PEREMPUAN MARKAH
JOHAN W. M. Amzar Fitiri 88% Nabilah Mohd. Yaakob 87%
NAIB JOHAN Ammar Abd. Rahman 81% Nusaibah Nahar 84%
KETIGA M. Ali Husaini 76% Nursufiah Mohd. Fadzil 82%

 

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com