| 
                    
                 | 
                
                  
                    
                      
                        
                          
                            
                              | Institusi
                                Pendidikan Hira' | 
                             
                           
                         
                       | 
                     
                    
                      
                        
                          
                            | 
                                
                              Berita Institusi
                              Pendidikan Hira' 
                               
                              
 
                                
                                  
                                    | 
                                       Forum
                                      Perdana Maulidur Rasul  | 
                                   
                                
                                  
                                    | Forum
                                      Perdana Maulidur Rasul dan Jamuan Makan
                                      Malam untuk mengisi dana Tabung
                                      Pembangunan Hira' telah diadakan pada hari
                                      Jumaat bersamaan 6 Julai 2001 bertempat di
                                      Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam.
                                      Ahli Panel terdiri daripada Ustaz Roslan
                                      Mohamed daripada Universiti Malaya dan
                                      Ustaz Abd Muhaimin Hj Moh Sahar Al-Hafiz,
                                      Penasihat Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Hira'.
                                      Forum yang bertajuk "Rasulullah
                                      Tauladan Mulia" Telah dipengerusikan
                                      oleh Ustaz Abd Samad Ibrahim daripada
                                      Pusat Zakat Selangor. Seramai 270 orang
                                      telah menghadiri majlis tersebut dan telah
                                      berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM
                                      38,684.73. Sumbangan tersebut akan
                                      digunakan untuk memulakan kerja awal
                                      pembinaan Kompleks Ma'ahad Tahfiz Al-Quran
                                      Hira' di Jeram yang menelan belanja
                                      sebanyak RM 336,700.00 apabila siap
                                      sepenuhnya. Masyarakat Islam yang ingin
                                      membuat sumbangan dan  mendapatkan
                                      maklumat lanjut bagi menjayakan projek ini
                                      boleh menghubungi Hj. Muhammad Ridzuan
                                      Jaafar, Pengurus Dana, Jawatankuasa
                                      Pembangunan dan Kutipan Derma, Institusi
                                      Pendidikan Hira' di talian (016)2167790,
                                      (03)33437595 | 
                                   
                                 
                                
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                               
                             | 
                           
                         
                       | 
                     
                   
                   |