Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran

Email : bul_hira@yahoo.com

 

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira' (ALUMNI Hira')

" ALUMNI HIRA' - RABITAH PEWARIS RISALAH "
www.alumni-hira.org
 

Assalamualaikum wrt. Wbt. dan selamat bertemu kembali di ruangan Alumni Hira’. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Alumni Hira’ juga mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan salam kepada kepada semua ahli Alumni di seluruh negara. Keluaran kali ini insyaAllah akan diteruskan lagi dengan menyampaikan maklumat berkenaan Alumni Hira’

Motto Alumni Hira’–Rabitah Pewaris Risalah

Motto Alumni Hira’, yang telah dipersetujui bersama oleh MKT ialah “Rabitah Pewaris Risalah” (Ikatan Pewaris Risalah). Menyedari bahawa ahli-ahli Alumni Hira’ merupakan individu-individu yang yang telah melalui satu sistem pendidikan Islam bersepadu serta mempunyai fikrah Islam yang jelas, maka motto ini telah diwujudkan. Alumni Hira’ juga diharap dapat terlibat secara langsung bersama arus perdana yang bekerja untuk menyampaikan risalah Islam, bermula dengan ahli dan seterusnya masyarakat. Semoga motto ini akan sentiasa mengingatkan ahli akan amanah yang kita pikul bersama ini.

Logo Alumni Hira’

Buat masa ini Alumni Hira’ belum mempunyai logo rasmi. Sehubungan dengan itu, satu pertandingan mereka cipta logo Alumni Hira’ telah dilancarkan di mailing-list dan laman web Alumni Hira’ (www.alumni-hira.org) pada 26/6/2001. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Persatuan Bekas Pelajar Hira’ (Alumni Hira’). Untuk maklumat lanjut pertandingan sila lawat laman web Alumni Hira’ di alamat berikut www.alumni-hira.org/ciptalogo. Kepada ahli-ahli, rebutlah peluang ini untuk menunjukkan bakat anda disamping mencipta sejarah bersama Alumni!!

Diari Alumni Hira’

24 Jun 2001-Seminar Keibubapaan 2001 telah dianjurkan oleh PIBG SRI HIRA’ bertempat di Auditorium SIRIM dengan tema “Generasi Rabbani Generasi Masa Depan: Antara De Jure Dan De Facto”. Alumni Hira’ telah dijemput secara rasmi, diwakili oleh presiden kita sendiri, akh. Muadz. Sementara itu beberapa ahli Alumni turut hadir. Antara pembentang kertas kerja ialah Muallim Abd. Muhaimin Md. Sahar, En. Arifin Hassan dan Pn. Noor Hayati Abd. Hamid. Topik-topik utama yg dibincangkan ialah pemahaman yang betul mengenai ‘insan rabbani’ seperti mana yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Hira’ dan pendekatan praktikal dalam membina generasi rabbani.  Adakah kita sudah berusaha menjadi insan rabbani seperti yang diimpikan oleh Hira’? Sama-sama kita fikirkan….

30 Jun 2001-Para pelajar SMIH telah menjemput Alumni Hira’ untuk menjadi juri sempena program Malam Kebudayaan Islam. Alumni telah diwakili oleh akh. Muadz & Mus’ab Dzulkefly serta M. Ameen & Hamzah Kamaruzaman. Alumni mengucapkan syabas kepada adik-adik kita di SMIH yang telah berjaya menganjurkan program sebegini. Tahniah juga kepada yang telah berjaya.

5 Julai 2001- Alumni Hira’ sekali lagi telah dijemput oleh pihak sekolah untuk turut serta dalam sambutan maulidur Rasul di SMIH Jeram. Grup nasyid Alumni Hira’ yang diberi nama ‘Rabitah Pewaris Risalah’ telah menyampaikan nasyid disamping mempromosikan Alumni Hira’ kepada ibubapa. Alumni juga telah membuka gerai yang diterajui oleh akh. Md. Rijal A. Harris. Syabas kepada ahli-ahli yang turun padang terdiri daripada UM, KISDAR, UIAM juga yang telah bekerja (sekadar menyebut beberapa nama).  Kepada ipt yang tengah bercuti bila lagi nak turun sekolah?

6 Julai 2001-Satu forum ‘Maulidur Rasul dan Jamuan Makan Malam’ untuk mengisi dana Hira’ telah diadakan di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM, Shah Alam. Alumni Hira’ telah diperuntukkan satu meja. Pihak Alumni telah diwakili oleh M. Azzam ZA, M. Azzam Mektar, Falah Dizar Khaidizar, Nurin Mazaya & Nurul Alia Zulkifli, Hafsa Mahmud dan Nurul Hafiza Zahaluddin. Alumni mengambil kesempatan di sini merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG SMIH & MTAQ Hira’, En. Muhammad Shamsudin yang telah membantu membiayai meja untuk Alumni.

Program-program terdekat

Kepada ahli-ahli Alumni Hira’, nantikan kemunculan program-program yang telah diatur untuk sesi 2001-2002

1.    Jalinan Mesra Alumni Hira’ (program bersama-sama adik-adik SMIH)

2.    Program Pra-Universiti (Khas untuk pelajar tingkatan 5 SMIH)

3.    ‘Camping’ Alumni Hira’

4.    Program-program Alumni peringkat IPT & Zon

5.    AGG ? nantikan kemunculannya….

Sila lawat laman web Alumni www.alumni-hira.org untuk mengetahui perkembangan terkini

Nantikan di keluaran akan datang, temubual eksklusif dengan presiden Alumni Hira’!!!


 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com