Tips
Mendidik Anak-Anak
("40
Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj.
Mohd Ali)
TIPS
9 : MERAIKAN
ANAK-ANAK KETIKA MEREKA PERGI DAN PULANG DARI
SEKOLAH
Kerap
terjadi di kalangan ibu bapa yang gagal memberi
didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang
bersekolah, terutamanya ketika mereka pergi ke
sekolah atau
pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak
meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan pulang
dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka
dalam menjalani tugas ataupun sememangnya mereka
malas dan menganggap kerja-kerja seperti ini satu
perkara yang kecil dan remeh.
Ibu
bapa seharusnya menyedari kecuaian mereka meraikan
anak-anak semasa pergi dan pulang dari sekolah.
Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi dan pulang
tanpa ditanya dan diraikan, mereka akan berasa
kurang ceria, kurang berminat dan adakalanya
anak-anak boleh membohongi ibu bapa dengan mudah,
bahkan kadang-kadang ibu bapa tidak tahu apa yang
anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra
sekolah, lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah
atau setahun bersekolah, tentulah anak-anak ini
masih ada lagi perasaan takut untuk bersekolah.
Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa
perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak
mereka.
Ibu
bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan
sedikit masa untuk meraikan pemergian dan
kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara
berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :
-
Mengejutkan
mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang
-
Menahan
sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada
waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
-
Cuba
untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan
mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan
mereka.
-
Sama-sama
bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka
pergi sambil bersalam-salaman dan
berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang
seperti ini amat penting terutama bagi
mencairkan kerenah-kerenah negatif yang
biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau
ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke
sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu
banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan.
Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan.
Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang
menyeronokkan.
-
Raikan
kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku
di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau
berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk
sama-sama menjamah makanan dengan mereka.
- Sering
ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah
S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara
lain
Klik
untuk
TIPS 10 |