Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran

Email : bul_hira@yahoo.com

 

Artikel

PENDEKATAN PRAKTIKAL KEPADA IBU BAPA DAN
INSTITUSI PERSEKOLAHAN DALAM MEMBINA GENERASI RABBANI


Pengenalan

Sehingga kini isu yang besar di kalangan pendidik dan ibu bapa ialah penyediaan anak-anak mereka atau para pelajar untuk melangkah ke dunia yang sebenarnya. Ia memerlukan satu persediaan yang rapi dan jelas akan apakah senario masa depan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar.

Walau bagaimanapun dalam hal ini, peranan yang perlu dimainkan oleh para pendidik sebagai satu cabaran yang lebih menekan, yakni pengaruh alam sekeliling ( S.L.E.P.T = Social, Legal, Economy, Political, Technology ). Justeru itu kedua-dua ibu bapa dan guru-guru harus bergabung dan bertindak secara berpasukan untuk menangani isu ini secara proaktif. 

Cabaran-cabaran Utama

Dalam membina generasi rabbani, senario-senario ini menjadi cabaran kepada para pendidik :

Faktor-faktor SLEPT

  • Social : Contohnya budaya kuning dari media
     

  • Legal ( Perundangan ) : Contohnya yang bertentangan dengan Islam
     

  • Economy : Contohnya globalisasi yang membawa segala pengaruh negatifnya
     

  • Politics : Contohnya yang tidak memudahkan kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam.
     

  • Technology : Contohnya yang membawa banyak budaya luar seperti melalui VCD dan internet.

Apakah Fungsi Generasi Rabbani

  • Melahirkan individu yang beriman, bertanggung jawab dan berketrampilan dengan skil-skil terkini dan futuristik.
     
  • Meningkatkan kemampuan individu agar mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti berwawasan, mampu merancang masa depan, bermotivasi tinggi dan mampu menangani krisis
     
  • Memastikan pemimpin yang ada mampu membawa perubahan atau sebagai pemangkin kepada perubahan di semua peringkat organisasi.

Langkah-langkah Khusus

  • Menyediakan alam sekitar yang membantu para pelajar untuk berkembang dengan sihat.
     
  • Membentuk suasana kasih sayang yang bermakna agar anak-anak terasa selamat dan dihormati.
     
  • Menurunkan ilmu dan kemahiran yang relevan mengikut keperluan semasa ( waqie ) dan masa depan ( futuristik ).
     
  • Melatih anak-anak agar menghadapi masa depan dengan kemahiran membuat keputusan dan mampu menangani krisis.
     
  • Meningkatkan kemahiran kepemimpinan secara sedar dan khusus di kalangan anak-anak melalui latihan dan bimbingan. 

Rumusan

Yang penting di sini ialah memahami bahawa walaupun generasi rabbani itu umumnya sama untuk setiap zaman, tetapi ianya mempunyai penekanan dan pendekatan yang berbeza-beza mengikut masa. Ibu bapa dan para pendidik harus diingatkan berlandaskan kata-kata para sahabat :

Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka akan hidup bukan di zaman kamu. (mafhum kata-kata para sahabat)

Disediakan oleh :
Arifin Hasan


 

İ 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com