Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran

Email : bul_hira@yahoo.com

Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Hira'


Diari Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Hira'

Seminar/Dialog Maahad Tahfiz Al Quran Hira’

Pada  1hb. Julai 2001 ( Ahad ) yang lepas,  pihak PIBG SMI/MTAQH telah menganjurkan Seminar/Dialog Maahad Tahfiz Al Quran Hira’. Seminar tersebut diadakan di Dewan Seminar MAIS, Klang dan telah dihadiri oleh ibu bapa pelajar/bekas pelajar MTAQH. Di antara objektif seminar tersebut diadakan ialah untuk menerangkan visi dan misi serta perancangan MTAQH, menerangkan sistem kurikulum pendidikan tahfiz Hira’, menjalinkan hubungan silatur rahim dan ukhuwwah di kalangan ibu bapa, serta memperkenalkan kepada ibu bapa tentang teknik penghafazan Al Quran MTAQH. Pembentang kertas kerja yang diundang ialah Ustaz Abd. Muhaimin Mohd Sahar Al Hafiz dengan kertas kerja bertajuk, ‘ Pembinaan Keluarga Bersama Al Quran’ dan Ustaz Mohd Syukri Syarif  dengan kertas kerja bertajuk, ‘MTAQH Antara Harapan dan Realiti’. Selepas pembentangan, majlis dialog pula diadakan antara ibu bapa guru-guru MTAQH.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com