Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran

Email : bul_hira@yahoo.com

BULETIN HIRA' (Edisi Internet)

Ogos 2001 (Jamadilawal - Jamadilakhir 1422)

MEMAHAMI TUNTUTAN GENERASI RABBANI
Oleh : Ustaz Hj. Abdul Muhaimin Hj Mohd Sahar Al-Hafiz


Perkataan ribbiyy dan rabbaniyy sebenarnya merujuk kepada segolongan manusia yang mempunyai ilmuyang luas lagi mendalam khususnya tentang agama, beramal dengan tulus ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT dan menyebarkan kebenaran dengan penuh kesabaran. Di dalam Al Quran Allah SWT menyebut tentang golongan ini di empat tempat :
  • Surah Al Imran ayat 146, Allah SWT berfirman, bermaksud :

"Berapa banyak dari nabi-nabi ( dahulu ) telah berperang dengan disertai oleh orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk ( kepada musuh ). Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar".

  • Surah Al Maidah, ayat 44. Allah SWT berfirman, bermaksud :

Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mempunyai petunjuk dan cahaya yang menerangi ; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri ( kepada Allah ) menetapkan hukum-hakam bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga), ulama-ulama mereka dan pendita-pendita mereka (menjalankan hukum Allah) sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula ialah menjadi penjaga dan pengawasnya ( dari sebarang perubahan ). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu ( dengan memelihara diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintahku ) ; dan janganlah kamu menjual ( membelakangkan ) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit ( kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia ) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang kafir.

  • Surah Al Maidah, ayat 43 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram! Sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka kerjakan.

  • Surah al Imran, ayat 7 Allah SWT berfirman bermaksud :

Tidak patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya agama dan hikmah serta pangkat nabi kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai hendaklah kamu menjadi orang yang menyembahku dengan meninggalkan penyembahan Allah tetapi hendaklah kamu menjadi orang yang rabbaniyyin ( yang menyembah Allah semata-mata dengan ilmu dan amal yang sempurna ) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya .  ( Pimpinan al- Rahman kepada Pengertian al-Quran ).

Pada hari kematian Abdullah ibn Abbas r.a, telah berkata Muhamad ibn Ali ibn Hanafiyah ;  hari ini telah meninggallah seorang rabbaniyy dari umat ini. Ibn Abbas r.a memang terkenal di kalangan sahabat mengenai kedalaman dan keluasan ilmunya, adalah wajar digelar insan rabbaniyy. Telah diriwayat dari Saidina Ali r.a : Manusia itu tiga golongan, alim yang rabbainyy, penuntut ilmu atas jalan kejayaan dan orang yang hina pengikut segala panggilan ( keburukan ). Sibawaih adalah seorang ahli bahasa berpendapat ditambah huruf alif dan nun pada perkataan ribbiyy lalu menjadi rabbaniyy menunjukkan mereka adalah golongan yang sangat mendalam ilmunya tentang ketuhanan. ( Lisan al Arab ).

Di dalam al Taalim Imam Al Banna telah menegaskan bahawa usaha mestilah dilakukan untuk membentuk diri agar menjadi insan kamil yang mempunyai aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, fikiran yang berasaskan ilmu, tubuh yang kuat, hidup yang berdikari, diri yang berjihad, masa yang dihargai, tugas yang tersusun dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. ( Risalat al-Taalim, rukun al-Amal )

As Sayhid Syed Qurb di dalam rumusannya mengenai generasi al Quran yang unik ( iaitu generasi para sahabat Rasulullah SAW ) menjelaskan tiga ciri penting yang telah menjadikan mereka generasi unggul yang lahir dari madrasah Rasulullah SAW. Pertama, mereka sentiasa membersihkan diri dari segala unsur jahiliyyah, kedua sumber rujukan mereka yang agung ialah Al Quran al Karim, ketiga apa yang dipelajari adalah untuk diamalkan. ( Petunjuk Sepanjang Zaman )

Kelahiran generasi ini adalah disebabkan adanya manhaj yang sahih, murabbi bertakwa yang mempunyai keluasan dan kedalaman ilmu pengetahuan di samping suasana subur di dalam keluarga, institusi pendidikan, masyarakat dan negara. Usaha melahirkan kembali generasi ini di akhir zaman adalah usaha suci dan memerlukan pengorbanan diri, masa dan harta.

  • Sedutan daripada kertas kerja yang telah dibentangkan oleh beliau di Seminar Keibubapaan anjuran PIBG SRI Hira' pada 24 Jun 2001 di Auditorium SIRIM Shah Alam


 

2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com