Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com
Sekolah Rendah Islam Hira'
[ Diari | Aktiviti ]

DIARI SRI HIRA'
 

Perkhemahan Tahunan

Kira-kira 153 orang pelajar syabab dan fatayat peringkat Muayyid dan Muayyidah SRIH telah berjaya mengikuti perkhemahan tahunan yang diadakan di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 25 – 27 Mei 2001. Perkhemahan tersebut turut disertai oleh 15 orang guru pengiring dengan diketuai oleh Muallim Lukman Md. Nor. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut, antaranya berkhemah, treking, dan night game. Walaupun sesat ketika menjalani aktiviti treking, rata-rata pelajar merasa seronok dan puas dengan perkhemahan tahunan ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang menjayakan perkhemahan ini.
 

Seminar Pra Kemasukan SRI Hira'

Pada 10 Jun 2001 yang lepas, pihak SRIH telah menganjurkan Seminar Pra Kemasukan Ke Sri Hira Tahun 1 Sesi 2002. Seminar tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 128 orang ibu bapa baru yang cuba mendapatkan tempat untuk anak-anak mereka di Sri Hira’. Seminar itu dirasmikan oleh En. Mahmud Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pentadbir Hira’. Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Kertas kerja pertama bertajuk, 'Hira’ Dalam Arus Perdana Pendidikan' telah dibentangkan oleh Muallim Harun Yaakob, Guru Besar SRIH. Kertas kerja kedua pula telah dibentangkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Shahar bertajuk, "Asas-asas dan Kaedah Pendidikan Kanak-kanak Dalam Islam". Dalam masa yang sama  pula, anak-anak yang dibawa dikehendaki menjalani ujian diagnostik. Seminar tersebut berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
 

Program Tips UPSRI

Tips UPSRI Tahun Enam telah diadakan pada 17 Jun 2001 di Dewan Kuliah Fakulti Teknologi Maklumat UiTM, Shah Alam. Antara objektif program tersebut ialah untuk membantu dan mendedahkan para pelajar dengan kaedah menjawab yang betul dalam peperiksaan UPSRI dan memantapkan pengetahuan sedia ada. Penceramah yang diundang untuk program ini ialah Ustaz Syed Abi Mahfuz dan Puan Norlaila Osman dari Sekolah Rendah Islam  Al Amin, Keramat. 


 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com