Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Badan Rekreasi & Kebajikan Kakitangan Hira'


BARAKAH merupakan kesatuan dalaman yang ditubuhkan di bawah Lembaga Pentadbir Hira’. Ia merupakan wadah kepada kakitangan Hira’ terutamanya dalam soal-soal kebajikan dan rekreasi. Semua kakitangan  tetap Srihira Development Sdn. Bhd. adalah dengan sendirinya menjadi ahli Barakah. Menurut Fasal 3 Perlembagaan Barakah, tujuan dan matlamat penubuhan Barakah ialah :

Matlamat

1. Menjaga dan menyediakan kemudahan dalam urusan kebajikan dan rekreasi ahli

2. Menjalin dan meningkatkan hubungan ukhuwwah islamiyah di kalangan ahli

3. Meningkatkan iltizam ahli di dalam menjayakan matlamat pendidikan Hira’.

4. Mewujudkan budaya kerja cemerlang dan cintakan ilmu.
 

Wawasan BARAKAH Sesi 2001-2003

1. Menjamin kebajikan ahli

2. Melahirkan ahli yang berwawasan

3. Meningkatkan ukhuwwah sesama ahli

4. Meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental 

5. Menambah dana melalui projek ekonomi 

6. Mendedahkan ahli dengan pelbagai kemahiran

7. Meningkatkan tahap profesionalisma pengurusan Barakah
 

Aktiviti Yang Dirancang BARAKAH

BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH :

  • Kursus Pengurusan Jenazah

  • Gubahan Bunga

  • Kelas Masakan

  • Kelas Al Quran

BIRO EKONOMI :

  • Mengadakan jualan barangan dalam majlis-majlis rasmi/tidak rasmi anjuran sekolah/PIBG

  • Jualan kuih raya dan kad raya ( usahasama dengan Alumni Hira’)

  • Membekalkan makanan sejuk/beku untuk Hiraniaga dan sebagainya

BIRO SUKAN DAN REKREASI :

  • Pertandingan Memancing di Pantai Remis ( kakitangan lelaki 

  • Pertandingan Bolasepak Persahabatan antara Jabatan/ibu bapa

  • Rehlah ke Kelantan

  • Kursus/klinik permainan, contohnya ping pong, bola tampar dan sebagainya

  • Ekspedisi

BIRO KEBAJIKAN :

  • Kaji selidik tentang harga makanan  di Kafetaria Hira'

  • Sumbangan water filter untuk setiap Jabatan

 

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com