Salam
Pengenalan Alumni Hira
www.alumni-hira.org
Tahun 1995 adalah
merupakan tahun bersejarah kerana genaplah sudah usia 10 tahun kewujudan Sistem
Pendidikan Hira’. Buat pertama kalinya generasi pertama Hira’ telah
menduduki Peperiksaan SPM pada tahun tersebut seterusnya menamatkan pengajian di
Hira’. Di atas kesedaran bahawa pentingnya tenaga-tenaga yang telah diasuh dan
dididik dengan sistem pendidikan Islam ini untuk terus bersama dengan sistem
ini, satu wadah perlu diwujudkan bagi memenuhi tujuan tersebut. Maka dengan
inisiatif dari beberapa individu satu perbincangan menyeluruh telah diadakan.
Sebuah Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni Hira’ dipimpin oleh Muallim Abdul
Samad Bin Ibrahim telah ditubuhkan bagi mengkaji dan mencari jalan ke arah
penubuhan sebuah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI) yang
berdaftar. Dengan keizinan dan limpah kurnia Allah s.w.t. serta berkat kesabaran
ahli jawatankuasa tersebut, maka pada 7 Mac 1998, Persatuan Bekas Pelajar
Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI HIRA’) telah berjaya di daftarkan di Pejabat
Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Persatuan telah
berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Alumni I bagi melantik Majlis Tertinggi
Alumni Hira’ bagi penggal 1998/2000 pada 7 Februari 1998, bersamaan 19
Zulkaedah 1418 H, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid
Negeri), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
MATLAMAT
- Mengikat
hubungan silaturrahim di antara bekas pelajar Sekolah Islam Hira’ dengan
InstitusiPendidikan Hira’
- Menganjur
dan mengadakan aktiviti tahunan untuk semua ahli Persatuan Bekas Sekolah
Islam Hira’ (ALUMNI HIRA’)
- Memberi
penerangan, penerbitan dan melaksanakan seminar serta kursus berkaitan
dengan Institusi Pendidikan Hira’ untuk ahli dan masyarakat.
- Memohon
dan menerima derma dan bantuan kewangan serta lain-lain sumbangan bagi
mencapai tujuan dan matlamat persatuan dengan mendapat kebenaran Pendaftar
Pertubuhan terlebih dahulu.
VISI
ALUMNI HIRA’ ...
merupakan pendokong dan penerus kesinambungan aspirasi Institusi Pendidikan
Hira’ dengan menggembleng tenaga penggerak yang berkepimpinan dalam satu wadah
interaksi ukhuwwah dan ilmu ke arah kecemerlangan ummah.
MISI
ALUMNI HIRA’ …
- Menyediakan
wadah interaksi sesama ahli dan Institusi Pendidikan Hira’.
- Memberi
bantuan kemudahan dan prasarana untuk kebajikan ahli dan masyarakat.
- Memiliki
sistem pengurusan dan gerakerja yang efektif dan efisien.
- Melahirkan
professional Islam melalui sistem pembangunan ahli yang mantap dan
berterusan.
- Menjadi
Qudwah Hasanah kepada generasi Hira’ dan masyarakat
...ke arah pembentukan
Generasi Rabbani.
KEAHLIAN
- Keahlian
adalah dibuka kepada semua bekas pelajar Sekolah Islam Hira’.
- Terdapat
2 status keahlian, bergantung kepada tempoh ahli tersebut mengikuti
pengajian di Sekolah Islam Hira’ :-
1. Ahli Biasa : Ahli yang
meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hira’ untuk tempoh 2 tahun atau
lebih.
2. Ahli Bersekutu : Ahli-ahli yang
tidak meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hira’ sekurang-kurangnya
untuk tempoh 2 tahun adalah Ahli Bersekutu yang layak untuk mengundi tetapi
tidak layak menjadi calon Majlis Kerja Tertinggi.
- Ahli-ahli
bersekutu diberikan tempoh percubaan selama 2 tahun. Taraf ahli biasa akan
diberikan mengikut budi bicara Majlis Kerja Tertinggi sekiranya prestasi
mereka baik.
- Permohonan
menjadi ahli hendaklah disampaikan kepada Setiausaha untuk dikemukakan
kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pelajar yang
dibuang dari sekolah tidak layak menjadi ahli Alumni.
JUMLAH
AHLI TERKINI
Sehingga
tahun 2001, seramai 174 bekas pelajar Hira’ dari 6 generasi yang telah
menamatkan pengajian telah didaftarkan sebagai ahli. Berikut adalah bilangan
ahli mengikut generasi.
Generasi |
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
Bilangan |
30 |
32 |
37 |
35 |
24 |
16 |
|