Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Artikel

Tips Mendidik Anak-Anak
("40 Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj. Mohd Ali)


TIPS 3 : BERSAMA ANAK-ANAK SEWAKTU MEREKA SEDANG MAKAN

Fitrah semula jadi manusia suka kepada bermacam-macam wama. bentuk dan rupa. Fitrah ini juga meliputi hal-hal yang bersangkut paut dengan masalah makanan. minuman yang pelbagai rasa untuk memenuhi cita rasa selera mereka. Kanak-kanak perlu kepada pemakanan yang cukup dan seimbang bagi menjamin kesihatan mereka.

Kanak-kanak yang sihat mempunyai potensi masa depan yang baik, memiliki tahap kecemerlangan yang tinggi, corak pemikiran yang positif, kesempumaan akhlak dan iman, tabiat serta personaliti yang baik dan pelbagai sifat dan tabii yang baik-baik akan terbentuk dalam kehidupan.

Dalam hubungan ini ibu bapa perlulah menyedari betapa penting dan perlunya perkara-perkara berikut :-

a. Mendalami ilmu mengenai makanan dan pemakanan sekeluarga.

b. Ibu-ibu khasnya hendaklah mengambil daya utama untuk merancang, memasak dan menyaji bahan makanan yang boleh memberi kepuasan kepada setiap ahli keluarga.

c. Buka ruang kreativiti di bidang makanan pemakanan ini. Ilmu dan pengalaman yang dicari dan didapati sepatutnya boleh mengayakan lagi penyajian makanan seisi keluarga.

d. Elok sekali sekala mendapatkan pandangan orang-orang yang arif dalam bidang makanan dan pemakanan sekeluarga.

Klik untuk TIPS 4

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com