Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Institusi Pendidikan Hira'

DIARI Institusi Pendidikan Hira'

 

PROGRAM QIAMULLAIL UNTUK KAKITANGAN

Pada 11 hb. Mei 2001, pihak Srihira Development Sdn. Bhd telah mengadakan program Qiamullail untuk semua kakitangan lelaki. Program tarsebut telah diadakan di Surau SMI Hira', Jeram bermula pada pukul 8.30 malam hingga 6.30 pagi. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Anuar Soleh. Seramai 30 orang kakitangan lelaki termasuk dari Hiraniaga Sdn. Bhd. dan Hira' Seksyen 27, Shah Alam telah mengikuti program tersebut.
 

KURSUS INDUKSI 2001

Pada 4 dan 5 hb. Mei 2001, pihak Srihira Development Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Induksi untuk guru-guru dan kakitangan yang baru berkhidmat. Kursus tersebut merupakan di antara syarat untuk pengesahan jawatan. Seramai 21 orang peserta daripada nurseri, tadika, SRI, SMI, dan Hiraniaga Sdn. Bhd. telah mengikuti kursus tersebul dengan jayanya. Para peserta tetah didedahkan dengan struktur organisasi, peraturan dan disiplin kerja syarikat serta penekanan kapada budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan.
 

KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKAS1 BERKESAN

Kursus Kemahiran Komunikasi berkesan telah diadakan pada 19hb. Mei 2001 bertempat di SMI Hira' Saksyan 27, Shah Alam. Seramai 30 peserta kakitangan pengurusan Institusi Pendidikan Hira' talah menyertai kursus tersebut, Kursus dikendalikan olah Hj. Ahmad Raji Yaakub daripada Irshad Consulting.
 

SUMBANGSARAN JKPKD

Sumbangsaran Jawatankuasa Pembangunan dan Kutipan Derma, Institusi Pendidikan Hira' telah diadakan pada 1hb. Mei 2001 bertempat di Intekma, Shah Alam. Seramai 42 peserta telah menghadiri program tersebut. Peserta terdiri daripada Ahli Lembaga Pentadbir Hira', AJK PIBG SRI, SM1 & MTQ Hira', wakil Alumni Hira', ibu bapa dan guru. Sumbangsaran dikendalikan oleh En. Mohd Shah Awaluddin, Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan as-Saidiyyah, Seremban.

Di akhir program peserta telah merumuskan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta dalam masa 12 bulan bagi membiayai Kompleks Pendidikan Hira' di Jeram. Untuk menjayakan projek tersebut beberapa JK Kecil telah dibentuk. Ibu bapa dan penjaga yang ingin turut terlibat di dalam JK Kecil tersebut boleh mendaftarkan diri dengan menghubungi Urusetia JKPKD, Ayub Sedik di talian 33437595, 016 2800101.


 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com