Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Artikel

Tips Mendidik Anak-Anak
("40 Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj. Mohd Ali)


TIPS 4 : BERSAMA ANAK-ANAK SEWAKTU MEREKA SEDANG MAKAN

Arus pemodenan lazimnya berjalan seiring dengan kemajuan material. Manusia berlumba-lumba mengejar harta kekayaan tanpa menghiraukan hak mereka yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. Banyak kesilapan yang dilakukah dalam memberikan didikan yang sebaik-baiknya kepada anak-anak. Dalam konteks dunia sekarang, ibu bapa banyak menghabiskan masa di meja persidangan bersama rakan kongsi, menjalankan tugas-tugas luar, sedangkan anak berada di meja makan menanti dan berharap dapat makan bersama ibu bapa. Ibu bapa digalakkan bersama anak-anak ketika menghadapi hidangan makanan. Sebaik- baiknya jangan membiarkan anak-anak makan tanpa mereka bersama. Apabila anak-anak dapat makan bersama ibu bapa sendiri yang menyediakan masakan mereka dapat merasai begitu besarnya pengorbanan ibu menyediakan keperluan makanan dalam hidup mereka

Mereka akan mengenang setiap pengorbanan ibu bapa yang mendidik mereka dengan baik Bagi mencapai hasrat sebenar prinsip makan bersama, adalah dicadangkan supaya:-

a. Ibu bapa mengingatkan mereka dan ahli-ahli keluarga yang lain makan secara berjemaah.

b. Pastikan amalan ini t^itteto setiap hari.

c. Yakinkan diri bahawa makan bersama seluruh ahli keluarga akan melahirkan keberkatan dan memberi kebaikan kepada semua ahli.

d. Rancangkan supaya peraturan makan bersama ahli keluarga bukan sahaja setakat menegakkan satu budaya tetapi lebih daripada itu menjadikannya alat penyatu kepada aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan ahli keluarga.

e. Jadikan masa makan bersama keluarga sebagai masa terbaik untuk ibu bapa menyuntikkan nilai-nilai mumi dalam kehidupan anak-anak.

f. Ibu bapa mesti sentiasa menyedari tugas mereka sebagai pendidik yang semestinya mempamerkan contoh akhlak terbaik yang boleh menjadi ikutan di kalangan anak-anak mereka.

Klik untuk TIPS 5

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com