Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Artikel

Ibubapa Mithali (Siri 1)


1. BERGEMBIRA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Ibu bapa harus mempunyai sikap yang benar ketika mendapatkan rezeki berupa anak, baik leiaki mahupun perempuan. Sikap yang benar menurut tuntutan Allah dan Rasul-Nya adalah seperti yang Allah sebutkan dalam firmanNya didalam surah Huud ayat 69 yang bermaksud: -
" Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dangan (membawa) khabar gembira sambil mereka berkata : 'Selamat'. la jawab: 'Selamatlah' "

Ayat ini menjelaskan ketika Nab! Ibrahim diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan beliau seorang putera, maka Ibrahim menyatakan kegembiraan dengan ucapan selamat sejahtera. Sikap seperti ini Allah kisahkan dalam Al Quran, untuk mendidik para ibu bapa agar bersikap penuh kegembiraan bila dikurniai Allah seorang putera atau puteri. 

Allah menyatakan bahawa seseorang yang dikurniakan anak bererti mendapatkan kegembiraan. Ini bererti bahawa sikap yang dicerminkan oleh seorang bapa dalam menyambut kelahiran bayinya dengan rasa sedih dan malu benar-benar merupakan kelainan jlwa, seperti yang terjadi pada masyarakat jahiliah.- Kerana anak merupakan perhiasan bagi ibubapa dan setiap orang yang sihat akalnya merasa senang mempunyai perhiasan, maka anak dengan sendirinya menjadi bahagian dalam membina hidup gembira pada diri ibu bapanya.

Pada ayat di atas Allah menyatakan Ibrahim, bukan isteri Ibrahim, sebagai pihak yang bergembira atau diberi khabar gembira. Mengapa bukan Ibrahim dan isterinya sekaligus yang disebut? Kerana kita tahu bahawa isteri adalah pihak yang sekadar menjadi tempat penyemaian dan suamilah yang merasa memiliki benih yang dikandung isterinya. Kerana itu suami lebih menonjol merasa memiiiki anak dan bertanggungjawab lebih besar terhadap sang anak. Kerana itu, tatkala benih yang disemaikan berhasil dengan baik, otomatik suamilah yang menjadi pihak paling menonjol nampak kegembiraannya. 

Lalu bagaimana halnya dengan seorang wanita yang mengandung dengan jalan penzinaan? Adakah akan diperoleh suasana gembira dalam menyambut bayinya kerana ayahnya secara hukum tidak ada? Masalah ini kita lihat banyak terjadi di tengah masyarakat. Dari pengalaman yang selama ini ada menunjukkan bahawa si leiaki yang memberi benih kepada wanita tersebut tidak mahu menyambut bayinya dengan gembira, bahkan melarikan diri. Dari fakta seperti ini kita dapat mengetahui bahawa bapa yang gembira dalam menyambut kelahiran bayinya adalah bapa yang benar secara syarie, hukum mahupun secara fizikal. Kemudian apakah ada bapa secara fizikal saja, tetapi secara hukum tidak diakui atau sebaliknya? Bapa secara fizikal adalah lelaki yang memberi benih kepada seorang wanita dengan secara tidak sah menurut hukum Islam. Sedang secara hukum saja seperti yang dikenal dalam hukum adopsi, tidaklah dibenarkan oleh Islam. Jadi, bapa yang benar-benar dikehendaki oleh Al Quran surah Huud ayat 69 adalah bapa dalam pengertian syarie.

Pelajaran yang kita peroleh dari ayat di atas ialah bahawa kalau seseorang yang hidup bersama isteri menjadi bingung atau gelisah jika tidak mempunyai anak, maka hal seperti itu adalah sikap yang wajar. Kerana Allah telah menciptakan pada diri manusia suatu fitrah cinta kepada anak. Sebagai bukti keluarga-keluarga yang tidak mendapatkan anak bersedia mengeluarkan biaya yang banyak untuk melakukan pengubatan kandungan atau pengubatan hormon pada lelaki dengan harapan dapat mempunyai, anak. Kerana begitu besarnya keinginan manusia pada anak, maka tepatlah jika Allah mengatakan bahawa bapa akan menyambut bayinya dipenuhi dengan perasaan busyra, kegembiraan yang memuaskan hati dan bukan sekadar rasa senang. Jadi, jika kita berumah tangga kemudian tidak mempunyai anak, maka patutiah jika keluarga seperti tu merasa kesepian dan murung kerana apa yang diinginkan tidak kunjung datang. Dengan demikian, berbahagialah pasangan suami isteri yang dikurniakan Allah banyak anak. Sedangkan isteri yang taat pada agama bilamana temyata ia tidak akan dapat mempunyai anak, maka ia menyuruh suaminya untuk beristeri lagi agar ia dikurniakan Allah anak dan dapat menikmati kegembiraan hidup ini.

2. MEMBERI NAMA YANG BAIK KEPADA ANAK

Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Dari Abu Darda ra. Ujarnya: Rasulullah saw bersabda, 
"Sesungguhnya kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggll dengan nama kamu sendiri dan nama bapa kamu. Kerana itu, hendaklah perindah nama kamu".

Yang dimaksudkan dengan memperindah nama adalah memakai nama yang baik. Misalnya; Ahmad, Muhammad Umar, Abu Bakar, Soleh dan lain-lain bagi lelaki, dan Khadijah, Fatimah atau Aisyah bagi perempuan. Nama yang baik mempunyai ciri-ciri:

1. Mengandungi makna pujian, misalnya Ahmad atau Muhamad yang ertinya terpuji.

2. Mengandungi doa dan harapan, misalnya Ali yang bererti tinggi; Soleh ertinya yang baik.

3. Mengandungi makna semangat, misalnya Saifullah ertinya pedang Allah; Qamarudin ertinya (cahaya) bulan agama.

Memberi nama kepada anak janganlah sekadar sebagai panggilan tanpa makna yang indah, misalnya Gendut, Gombloh, Upil dan sebagainya. Ibu bapa memberi nama kepada anaknya seharusnya mencerminkan adanya pujian atau doa, harapan atau gambaran semangat dirinya kepada anak-anaknya. Kerana nama memiliki fungsi ideal seperti di atas.

Maka bila Rasulullah mendengar nama yang tidak indah, baginda akan menggantikanya dengan nama yang baik. misalnya:-

a. Ashram (pemotong) digantikan dengan Zur'ah (penanam)

b. Harb (penyerbu) digantikan dengan Salma (pententeram)

c. Mushhaji' (senang tidur) digantikan dengan Munba 'its
(penggerak)

Nama seseorang tidak hanya dipakai semasa ia hidup di dunia ini, tetapi terus dipakai sampai di alam akhirat. Di hadapan Allah kelak, ketika kita semua menghadapi panggilan dan perhitungan yang kita pakai di dunialah yang akan disebut untuk memanggil diri kita. Kerana itu hendaklah ibu bapa memberikan nama yang baik lagi yang mengandungi pujian atau doa dan harapan atau semangat keluhuran.

Bersambung di edisi Julai

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com