Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira' (ALUMNI Hira')

" Salam Mesra Dari Alumni Hira' "


Kehadiran program Ijtima' Mahabbah Sanawi dan Mesyuarat Agung Tahunan yang keempat telah memberikan maklum balas yang membanggakan kerana kehadiran ahli yang dicatatkan lebih dari yang telah dijangkakan pada awalnya. Kehadiran yang dianggarkan adalah sebanyak 70 hingga 80 orang ahli. Namun yang hadir pada program berkenaan adalah melebihi 100 orang ahli.

Sewaktu program Ijtima' Mahabbah Sanawi dan Mesyuarat Agung keempat diadakan pada 21 dan 22 April 2001, Alumni telah mendapat dua berita yang menyedihkan untuk dua hari berturut-turut.

Pada hari Sabtu bersamaan 21 April 2001, seorang ahli alumni yang bernama Nor Faizah binti Iberahim (Generasi 4) telah kehilangan ibunya (Pn. Juriah) yang pulang ke Rahmatullah berikutan penyakit barah yang dialaminya. Semoga Allah menempatkannya dikatangan orang yang diredhaiNya. Dan semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga Nor Faizah dalam menempuh dugaan ini.

Pada hari Ahad bersamaan 22 April 2001 pula. seorang ahli alumni yang bernama Hafiz bin Yusof (Generasi 1) telah mengalami kemalangan jalan raya. Beliau telah dimasukkan ke ICU serta merta dan berada dalam keadaan koma untuk beberapa hari. Kunjungan yang tidak putus-putus daripada kalangan ahli Alumni telah membuktikan persaudaraan di kalangan mukmin sungguh hebat hinggakan petugas hospital menyangka bahawa mereka adalah keluarga saudara Hafiz sendiri. Alhamdulillah kini beliau telah pulang ke rumah dan semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Semoga beliau akan cepat sembuh seperti sediakala, Insyallah.

Atas dorongan rasa prihatin & tanggungjawab, Alumni dengan kerjasama pihak SRI dan SMI Hira' telah melancarkan satu kutipan derma kilat bagi kedua-dua ahli terbabit. Alhamdulillah, kutipan derma yang diterima agak memberansangkan dan telah diagihkan. Pihak Alumni mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan kutipan derma tersebut.

Di kesempatan ini juga, pihak Alumni Hira' mengucapkan tahniah kepada adik-adik dari generasi keenam (SPM 2000) yang telah mendaftar untuk menjadi ahli Alumni dan telah diterima masuk ke IPTA dan IPTS di dalam mahupun di luar negeri. Selamat melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing.

Alumni Hira' mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua Muallim dan Muallimah yang telah bersusah payah mendidik dan membentuk keperibadian kami menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dan berjaya.

Alumni Hira' juga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Norhafiza bt. Hj. Abdul Samad (Generasi 1) yang akan melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad bersamaan 27 Mei 2001 di Alor Setar, Kedah. Semogaperkahwinannya akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t


 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com