MEMAHAMI
TUNTUTAN GENERASI RABBANI
Oleh : Ustaz Hj. Abdul
Muhaimin Hj Mohd Sahar Al-Hafiz
Perkataan
ribbiyy dan rabbaniyy sebenarnya merujuk kepada
segolongan manusia yang mempunyai ilmuyang luas lagi mendalam
khususnya tentang agama, beramal dengan tulus ikhlas untuk mencari
keredaan Allah SWT dan menyebarkan kebenaran dengan penuh kesabaran.
Di dalam Al Quran Allah SWT menyebut tentang golongan ini di empat
tempat :
"Berapa
banyak dari nabi-nabi ( dahulu ) telah berperang dengan disertai
oleh orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa
lemah semangat akan apa yang menimpa mereka pada jalan (agama)
Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk
( kepada musuh ). Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang yang
sabar".
“
Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mempunyai
petunjuk dan cahaya yang menerangi ; dengan kitab itu nabi-nabi yang
menyerah diri ( kepada Allah ) menetapkan hukum-hakam bagi
orang-orang Yahudi dan (dengannya juga), ulama-ulama mereka dan
pendita-pendita mereka (menjalankan hukum Allah) sebab mereka
diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah
(Taurat) itu, dan mereka pula ialah menjadi penjaga dan pengawasnya
( dari sebarang perubahan ). Oleh itu janganlah kamu takut kepada
manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu ( dengan memelihara
diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintahku ) ; dan
janganlah kamu menjual ( membelakangkan ) ayat-ayatKu dengan harga
yang sedikit ( kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain
keuntungan dunia ) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka
itulah orang-orang kafir.”
“
Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita mereka melarang
mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari
memakan yang haram! Sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka
kerjakan.”
“
Tidak patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya
agama dan hikmah serta pangkat nabi kemudian ia tergamak mengatakan
kepada orang ramai hendaklah kamu menjadi orang yang menyembahku
dengan meninggalkan penyembahan Allah tetapi hendaklah kamu menjadi
orang yang rabbaniyyin ( yang menyembah Allah semata-mata dengan
ilmu dan amal yang sempurna ) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya .”
( Pimpinan al- Rahman kepada Pengertian al-Quran ).
Pada
hari kematian Abdullah ibn Abbas r.a, telah berkata Muhamad ibn Ali
ibn Hanafiyah ; hari
ini telah meninggallah seorang rabbaniyy dari umat ini. Ibn Abbas
r.a memang terkenal di kalangan sahabat mengenai kedalaman dan
keluasan ilmunya, adalah wajar digelar insan rabbaniyy. Telah
diriwayat dari Saidina Ali r.a : Manusia itu tiga golongan, alim
yang rabbainyy, penuntut ilmu atas jalan kejayaan dan orang yang
hina pengikut segala panggilan ( keburukan ). Sibawaih adalah
seorang ahli bahasa berpendapat ditambah huruf alif dan nun pada
perkataan ribbiyy lalu menjadi rabbaniyy menunjukkan mereka adalah
golongan yang sangat mendalam ilmunya tentang ketuhanan. ( Lisan al
Arab ).
Di
dalam al Taalim Imam Al Banna telah menegaskan bahawa usaha mestilah
dilakukan untuk membentuk diri agar menjadi insan kamil yang
mempunyai aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang
mantap, fikiran yang berasaskan ilmu, tubuh yang kuat, hidup yang
berdikari, diri yang berjihad, masa yang dihargai, tugas yang
tersusun dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. ( Risalat
al-Taalim, rukun al-Amal )
As
Sayhid Syed Qurb di dalam rumusannya mengenai generasi al Quran yang
unik ( iaitu generasi para sahabat Rasulullah SAW ) menjelaskan tiga
ciri penting yang telah menjadikan mereka generasi unggul yang lahir
dari madrasah Rasulullah SAW. Pertama, mereka sentiasa membersihkan
diri dari segala unsur jahiliyyah, kedua sumber rujukan mereka yang
agung ialah Al Quran al Karim, ketiga apa yang dipelajari adalah
untuk diamalkan. ( Petunjuk Sepanjang Zaman )
Kelahiran
generasi ini adalah disebabkan adanya manhaj yang sahih, murabbi
bertakwa yang mempunyai keluasan dan kedalaman ilmu pengetahuan di
samping suasana subur di dalam keluarga, institusi pendidikan,
masyarakat dan negara. Usaha melahirkan kembali generasi ini di
akhir zaman adalah usaha suci dan memerlukan pengorbanan diri, masa
dan harta.
|