SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


SEKOLAH ISLAM HIRA' SHAH ALAM
 
Pengenalan

Sistem pendidikan Hira' telah mula dilaksanakan sejak tahun 1985 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Hira' (Seksyen 3, Shah Alam) dan Sekolah Menengah Islam Hira' (Batu Belah, Klang) pada tahun 1991. Sepanjang penubuhannya, pelbagai perubahan penting telah berlaku antaranya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah berpindah ke lokasi baru di Batu Belah, Klang pada tahun 1987 dan Bt. 18, Jeram pada tahun 1999. Ma'ahad Tahfiz Al-Qur'an Hira juga telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1994. Oleh kerana pesat perkembangannya tempat yang ada sekarang ini tidak boleh lagi menampung keperluan anggota kita serta masyarakat Islam sekitarnya untuk menempatkan anak-anak mereka di SRIH dan SMIH. Di atas dasar itulah maka cadangan untuk menubuhkan SRI/SMI Hira' di Shah Alam adalah amat dihajati.

Faktor Penubuhan
1. Memenuhi hasrat pendidikan Hira' itu sendiri untuk berkembang atau menubuhkan cawangan

2. Tenaga pendidikan Hira' yang sediada telah berpengalaman dan dirasakan mampu menyebarkan Falsafah pendidkan Hira' untuk dirasai oleh masyarakat.

3. Setiap tahun kemasukan murid tahun satu di Batu Belah terlebih daripada kemudahan kelas yang disediakan iaitu 80 hingga 100 murid

4. Memulakan proses mentadbir pendidikan secara profesional untuk menawarkan kepercayaan kepada masyarakat terhadap sistem pendidikan Islam adalah pilihan yang terbaik.

5. Untuk SMI, kemamapuan SMI di Jeram adalah terhad untuk 2 dan 3 tahun ke hadapan nanti sedangkan permintan semakin meningkat.

6. Memberi peluang kepada SMI Hira' di Jeram bagi merancangkan pembangunan infrastruktur dengan lebih sempurna iaitu dengan memberi ruang masa 2 hingga 3 untuk mengumpulkan dana yang secukupnya bagi menyiapkan kompleks IPH.

7. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar SRI yang tidak mahu tinggal di asrama tetapi ingin meneruskan pengajian mengikut kurikulum pendidikan Hira'.

Matlamat

Matlamat pendidikan Hira' adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyuluh , seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi.

Objektif

Bagi mencapai matlamat di atas, pendidikan di Hira’ akan memberikan tumpuan kepada perkembangan setiap individu pelajar dari peringkat tadika, rendah hingga menengah dan seterusnya ke peringkat Kolej dan Universiti. Tumpuan khusus akan diberikan mengikut peringkat pelajar tersebut di dalam satu proses pendidikan yang berterusan. Objektif tersebut bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

1. Menanamkan asas ad-Deen yang kukuh khususnya di dalam dasar-dasar aqidah, asal-usul ibadat dan cara-cara melaksanakan yang betul

2. Menyedarkan tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.

3. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambah serta mengembangkannya.

4. Membersihkan diri dan hati dari sifat-sifat yang mazmumah(buruk) menanamkan sifat-sifat yang mahmudah(baik)

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com