| 
                         PENDEKATAN
                        PRAKTIKAL KEPADA IBU BAPA DAN 
                        INSTITUSI PERSEKOLAHAN DALAM MEMBINA GENERASI RABBANI 
                         
                        Pengenalan
                        Sehingga
                        kini isu yang besar di kalangan pendidik dan ibu bapa
                        ialah penyediaan anak-anak mereka atau para pelajar
                        untuk melangkah ke dunia yang sebenarnya. Ia memerlukan
                        satu persediaan yang rapi dan jelas akan apakah senario
                        masa depan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar. 
                        Walau
                        bagaimanapun dalam hal ini, peranan yang perlu dimainkan
                        oleh para pendidik sebagai satu cabaran yang lebih
                        menekan, yakni pengaruh alam sekeliling ( S.L.E.P.T =
                        Social, Legal, Economy, Political, Technology ).
                        Justeru itu kedua-dua ibu bapa dan guru-guru harus
                        bergabung dan bertindak secara berpasukan untuk
                        menangani isu ini secara proaktif.  
                        Cabaran-cabaran Utama
                        Dalam
                        membina generasi rabbani, senario-senario ini menjadi
                        cabaran kepada para pendidik : 
                        Faktor-faktor
                        SLEPT 
                        
                          - 
                            
Social
                            : Contohnya budaya kuning dari media 
                             
                              
                          - 
                            
Legal
                            ( Perundangan ) : Contohnya yang bertentangan dengan
                            Islam 
                             
                              
                          - 
                            
Economy
                            : Contohnya globalisasi yang membawa segala pengaruh
                            negatifnya 
                             
                              
                          - 
                            
Politics
                            : Contohnya yang tidak memudahkan kebebasan bersuara
                            yang dianjurkan oleh Islam.  
                              
                          - 
                            
Technology
                            : Contohnya yang membawa banyak budaya luar seperti
                            melalui VCD dan internet.  
                         
                        Apakah Fungsi
                        Generasi Rabbani
                        
                          - Melahirkan individu yang beriman, bertanggung
                        jawab dan berketrampilan dengan skil-skil terkini dan
                            futuristik.
 
                              
                          - Meningkatkan kemampuan individu agar mempunyai
                        ciri-ciri kepimpinan seperti berwawasan, mampu merancang
                        masa depan, bermotivasi tinggi dan mampu menangani
                            krisis
 
                              
                          - Memastikan pemimpin yang ada mampu membawa
                        perubahan atau sebagai pemangkin kepada perubahan di
                        semua peringkat organisasi.
 
                         
                        Langkah-langkah Khusus
                        
                          - Menyediakan alam sekitar yang membantu para
                        pelajar untuk berkembang dengan sihat.
 
                              
                          - Membentuk suasana kasih sayang yang bermakna agar
                        anak-anak terasa selamat dan dihormati.
 
                              
                          - Menurunkan ilmu dan kemahiran yang relevan
                        mengikut keperluan semasa ( waqie ) dan masa depan (
                        futuristik ).
 
                              
                          - Melatih anak-anak agar menghadapi masa depan
                        dengan kemahiran membuat keputusan dan mampu menangani
                        krisis.
 
                              
                          - Meningkatkan kemahiran kepemimpinan secara sedar
                        dan khusus di kalangan anak-anak melalui latihan dan
                        bimbingan. 
 
                         
                        Rumusan
                        Yang
                        penting di sini ialah memahami bahawa walaupun generasi
                        rabbani itu umumnya sama untuk setiap zaman, tetapi
                        ianya mempunyai penekanan dan pendekatan yang
                        berbeza-beza mengikut masa. Ibu bapa dan para pendidik
                        harus diingatkan berlandaskan kata-kata para sahabat : 
                        Hendaklah
                        kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang
                        sewajarnya kerana mereka akan hidup bukan di zaman kamu.
                        (mafhum kata-kata para sahabat) 
                        Disediakan oleh : 
                        Arifin
                        Hasan 
                         
                         
                                                  |