Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Artikel

Tips Mendidik Anak-Anak
("40 Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj. Mohd Ali)


TIPS 7 : KURANG MELAHIRKAN KASIH SAYANG

Kasih sayang sesama manusia merupakan asas terpenting dalam pembentukan keharmonian hidup di dunia ini. Ia merupakan satu tuntutan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak lahiriah malah merentasi hal-hal yang bersangkut dengan kejiwaan yang perlu dipenuhi pada setiap masa dan ketika. Dalam konteks pembentukan institusi keluarga, kasih sayang adalah merupakan faktor utama yang menjadi asas terpenting dalam kesinambungan hidup berkeluarga. Ibu bapa patut mengabadikan perasaan kasih sayang ini bagi mencapai kehidupan yang aman, damai, harmoni, dan bahagia.

Bagi melahirkan kasih sayang sekeluarga, tindakan-tindakan berikut mungkin boleh difikirkan :

  • Yakini bahawa kasih sayang adalah merupakan pra syarat utama kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga
     

  • Ibu bapa hendaklah memberi ruang dan menggalakkan penampilan-penampilan kasih sayang di kalangan ahli keluarga.
     

  • Aturkan rundingan terbuka yang melibatkan seluruh ahli keluarga bagi membincangkan masalah kasih sayang dalam keluarga. Langkah ini bukan sahaja dapat menjelaskan halacara penerusan keluarga seterusnya bahkan dapat memberi keinsafan kepada setiap ahli keluarga bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk mewujud, meningkat, dan memperkembangkan suasana kasih sayang di dalam keluarga
     

  • Hampiri majlis-majlis ilmu dan sesi-sesi kemahiran menyubur, meningkat dan merangsang kasih sayang dalam keluarga. Dengan ilmu dan kemahiran, anda akan dapat melakukannya dengan lebih berkeyakinan
     

  • Mulakan projek kasih sayang di kalangan ahli keluarga dengan sesuatu yang ringan dan tidak membebankan atau mengaibkan. Biasakan dengan senyum, mengucapkan ucapan terima kasih kepada apa bentuk pun khidmat yang diberi, memberi pujian ringan, memegang tubuh ahli keluarga dengan cara yang lembut, bersopan, berakhlak dan sebagainya.
     

  • Aturkan aktiviti-aktiviti luar rumah ( outing ) sekeluarga. Aktiviti-aktiviti ini memungkinkan setiap ahli keluarga merasakan diri mereka diberi tumpuan. Secara semula jadi setiap ahli keluarga memerlukan tumpuan penuh daripada ahli keluarga yang lain.

Klik untuk TIPS 8

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com