Tips
Mendidik Anak-Anak
("40
Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj.
Mohd Ali)
TIPS
8 : SERING
MENGELUH DI HADAPAN ANAK-ANAK
Sering
mengeluh dan gelisah di hadapan anak-anak adalah
salah dalam konteks mendidik anak-anak. Ibu bapa
harus mempunyai ciri-ciri sebagai pelindung kepada
anak-anak dan sekali gus menjadi penunjuk contoh
tauladan kepada mereka. Mereka mesti berani dan
mampu menangani masalah dalam kehidupan mereka
walau seberat dan sebesar mana pun. Selain itu,
mereka juga perlu berusaha meningkatkan kemampuan
untuk melahirkan idea dan pemikiran yang kreatif
dalam menghadapi karenah-karenah kehidupan dan
bukannya memaparkan kegelisahan dan mengeluh
apabila ditimpa masalah lebih-lebih lagi di
hadapan anak-anak.
Ibu
bapa yang gagal menyembunyikan sifat suka mengeluh
di hadapan anak-anak merupakan ibu bapa yang gagal
dalam mendidik anak-anak. Sifat ibu bapa yang
sebegini tidak dapat melahirkan anak-anak yang
mempunyai keyakinan diri, berani dan tabah serta
kuat apabila ditimpa satu-satu masalah. Ini adalah
kerana mereka terlatih sejak kecil lagi oleh ibu
bapa mereka dengan latihan mengeluh.
Bagi
membantu terbentuknya suasana riang ria dan bukan
suasana yang dipenuhi dengan keresahan, ibu bapa
hendaklah mula memikirkan untuk melakukan
perkara-perkara berikut :
- Melazimkan
pemaparan perawakan ceria apabila anda berada
di sisi keluarga
- Belajar
untuk memaparkan sense of humour yang
berakhlak di kalangan ahli keluarga
- Bina
sifat ramah-tamah
- Banyak
menegur dan menyapa
- Tunjukkan
sifat perihatin anda. Sekiranya melihat
anak-anak dalam keadaan yang kurang ceria,
segera tanyakan mereka mengapa mereka jadi
begitu.
- Sering
duduk bersama, makan makanan ringan bersama
dan menjalani aktiviti-aktiviti keluarga
bersama.
- Jadikan
anda sebagai pemangkin suasana ceria.
Dahulukan bertanya khabar. Ambil daya usaha
untuk melibatkan setiap ahli keluarga.
Tentukan suasana riang ria tidak mati di
tengah jalan
- Pecahkan
sifat malu.
- Keluarkan
setiap ahli keluarga daripada dikongkong oleh
suasana yang memalapkan suasana ceria yang
hendak dibina
Dipetik
dari buku "40 Kesilapan Mendidik Anak"
oleh Dr. Hassan Hj. Mohd Ali
Bersambung
di edisi Ogos |