Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira' (ALUMNI Hira')

Salam Pengenalan Alumni Hira
www.alumni-hira.org 

Tahun 1995 adalah merupakan tahun bersejarah kerana genaplah sudah usia 10 tahun kewujudan Sistem Pendidikan Hira’. Buat pertama kalinya generasi pertama Hira’ telah menduduki Peperiksaan SPM pada tahun tersebut seterusnya menamatkan pengajian di Hira’. Di atas kesedaran bahawa pentingnya tenaga-tenaga yang telah diasuh dan dididik dengan sistem pendidikan Islam ini untuk terus bersama dengan sistem ini, satu wadah perlu diwujudkan bagi memenuhi tujuan tersebut. Maka dengan inisiatif dari beberapa individu satu perbincangan menyeluruh telah diadakan. Sebuah Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni Hira’ dipimpin oleh Muallim Abdul Samad Bin Ibrahim telah ditubuhkan bagi mengkaji dan mencari jalan ke arah penubuhan sebuah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI) yang berdaftar. Dengan keizinan dan limpah kurnia Allah s.w.t. serta berkat kesabaran ahli jawatankuasa tersebut, maka pada 7 Mac 1998, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI HIRA’) telah berjaya di daftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.  

Persatuan telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Alumni I bagi melantik Majlis Tertinggi Alumni Hira’ bagi penggal 1998/2000 pada 7 Februari 1998, bersamaan 19 Zulkaedah 1418 H, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

 MATLAMAT 

  • Mengikat hubungan silaturrahim di antara bekas pelajar Sekolah Islam Hira’ dengan InstitusiPendidikan Hira’
  • Menganjur dan mengadakan aktiviti tahunan untuk semua ahli Persatuan Bekas Sekolah Islam Hira’ (ALUMNI HIRA’)
  • Memberi penerangan, penerbitan dan melaksanakan seminar serta kursus berkaitan dengan Institusi Pendidikan Hira’ untuk ahli dan masyarakat.
  • Memohon dan menerima derma dan bantuan kewangan serta lain-lain sumbangan bagi mencapai tujuan dan matlamat persatuan dengan mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

VISI 

ALUMNI HIRA’ ...
merupakan pendokong dan penerus kesinambungan aspirasi Institusi Pendidikan Hira’ dengan menggembleng tenaga penggerak yang berkepimpinan dalam satu wadah interaksi ukhuwwah dan ilmu ke arah kecemerlangan ummah. 

MISI

ALUMNI HIRA’ …

  • Menyediakan wadah interaksi sesama ahli dan Institusi Pendidikan Hira’.
  • Memberi bantuan kemudahan dan prasarana untuk kebajikan ahli dan masyarakat.
  • Memiliki sistem pengurusan dan gerakerja yang efektif dan efisien.
  • Melahirkan professional Islam melalui sistem pembangunan ahli yang mantap dan berterusan.
  • Menjadi Qudwah Hasanah kepada generasi Hira’ dan masyarakat

...ke arah pembentukan Generasi Rabbani

KEAHLIAN 

  • Keahlian adalah dibuka kepada semua bekas pelajar Sekolah Islam Hira’.
  • Terdapat 2 status keahlian, bergantung kepada tempoh ahli tersebut mengikuti pengajian di Sekolah Islam Hira’ :- 

1. Ahli Biasa : Ahli yang meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hira’ untuk tempoh 2 tahun atau lebih.

2. Ahli Bersekutu : Ahli-ahli yang tidak meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hira’ sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun adalah Ahli Bersekutu yang layak untuk mengundi tetapi tidak layak menjadi calon Majlis Kerja Tertinggi.

  • Ahli-ahli bersekutu diberikan tempoh percubaan selama 2 tahun. Taraf ahli biasa akan diberikan mengikut budi bicara Majlis Kerja Tertinggi sekiranya prestasi mereka baik.
  • Permohonan menjadi ahli hendaklah disampaikan kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pelajar yang dibuang dari sekolah tidak layak menjadi ahli Alumni.

JUMLAH AHLI TERKINI

Sehingga tahun 2001, seramai 174 bekas pelajar Hira’ dari 6 generasi yang telah menamatkan pengajian telah didaftarkan sebagai ahli. Berikut adalah bilangan ahli mengikut generasi.
Generasi 1 2 3 4 5 6
Bilangan 30 32 37 35 24 16

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com