Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Sekolah Menengah Islam Hira'
[ Diari | Aktiviti ]

Diari SMI HIRA'  
 

Kursus Komander Muda Syabab & Fatayat

Kira-kira 40 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hira, Jeram telah mengikuti Kursus Komander Muda Syabab dan Fatayat yang diadakan pada 26 – 29 Mei 2001 di Cheneh Recreation Resort, Kemaman Terengganu. Kursus tersebut dianjurkan oleh pihak Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MGBSIM). Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan daya juang pelajar dalam aktiviti luar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kursus tersebut ialah kompas marching, berakit, berkayak, latihan dalam kumpulan, latihan kepimpinan dan ceramah motivasi.
 

Sambutan Hari Guru SMI Hira'

Sambutan Hari Guru SMIH telah diadakan pada 25hb Mei 2001. Tema Hari Guru pada kali ini ialah,  ‘Guru Pintar Generasi Gemilang’. Tujuan sambutan diadakan ialah untuk merapatkan hubungan di antara guru-guru dengan para pelajar. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Khalid Zakaria, salah seorang ahli Lembaga Tadbir Hira’. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ucapan, sukaneka mahabbah, dan jamuan makan tengah hari. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah bekas pelajar-pelajar Hira’.
 

Program Bijak Belajar Tingkatan 3 & 5

Pada 8 – 10 Jun 2001 yang lepas, pihak SMIH Jeram telah menganjurkan Program Bijak Belajar untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM. Tujuan program tersebut diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar dengan kaedah belajar terkini dan meningkatkan motivasi pelajar. Program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Rebutia Learning Centre Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan kursus motivasi untuk para pelajar. Program tersebut juga disertai oleh para guru kelas Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Rata-rata perserta menyatakan rasa terkesan dan bermotivasi tinggi dengan program tersebut dan seterusnya berazam mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM yang akan datang
 

Nadwah Kepimpinan Pelajar

16 - 18 Jun, Majlis Guru Besar Sekolah-Seklah Islam Malaysia telah menganjurkan Nadwah Kepimpinan Islam bagi pelajar-pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Islam di bawah naungannya. Program tersebut telah diadakan di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Smi hira' telah menghantar 24 orang peserta dengan diiringi oleh 2 guru pengiring. Di antara objektif utama nadwah ini ialah untuk mewujudkan semangat bekerjasama pelajar terhadap Falsafah Pendidikan Sekolah Islam Malaysia dan menyemai serta menerapkan ilmu-ilmu kepimpinan di kalngan peserta.


 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com