Make your own free website on Tripod.com

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH ISLAM (UPSRI)
 
Apa itu UPSRI?

UPSRI atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam adalah program pengujian yang ditadbir oleh Majlis Guru-Guru Besar Sekolah Islam seMalaysia (MGBSIM)  untuk menilai pencapaian kognitif pelajar bagi pelajaran deeniyah di tahun akhir Sekolah Rendah Islam.

Siapa yang menduduki UPSRI?

Peperiksaan ini diambil oleh pelajar Sekolah Rendah Islam seMalaysia di akhir Tahun Enam

Apakah objektif UPSRI?

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar Sekolah Rendah Islam dalam matapelajaran-matapelajaran Deeniyah dan Bahasa Arab. Ianya berdasarkan Kurikulum Majlis Guru-Guru Besar Sekolah Islam seMalaysia (MGBSIM).

Apakah mata pelajaran yang diuji (SMIH)?

Pelajar diuji bagi matapelajaran berikut :-

1. AQ 101 - Al-Qur'an (Bertulis)
2. AQ 102 - Al-Qur'an (Bacaan)
3. AQ 103 - Al-Qur'an (Hafadzan)
4. BA 201 - Bahasa Arab (Penulisan)
5. BA 202 - Bahasa Arab (Kefahaman)
6. FK 301 - Feqh
7. AD 401 - Aqidah
8. AH 501 - Akhlaq
9. SR 601 - Seerah Islam
Bagaimana UPSRI dilaporkan?

UPSRI dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian menggunakan skala lima-mata:

A
B
C

-
-
-

Sangat Baik
Baik
Sederhana

Pencapaian di atas tahap penguasaan minimum (lulus)


D

-

Lemah

Pencapaian di bawah tahap penguasaan minimum (gagal)

 

 

2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com