Make your own free website on Tripod.com

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
 
Apa itu SPM?

SPM ialah Sijil Pelajaran Malaysia. Ia merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Siapa yang menduduki SPM?

SPM terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR.

Apakah objektif SPM?

Objektifnya adalah untuk persijilan mata pelajaran. Ia merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.

Ia dugunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang hendak diikuti.

Ia juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa dan untuk tujuan-tujuan pekerjaan.

Apakah mata pelajaran yang diuji (SMIH)?

SPM mengikut Sistem Pensijilan Terbuka menawarkan lebih banyak mata pelajaran. Selain daripada mata pelajaran teras dan akademis, ia juga menawarkan mata-mata pelajaran mengikut bidang iaitu agama, vokasional, teknikal dan teknologi.

Mata Pelajaran Wajib

Bil

Kod

Matapelajaran

1
1103
Bahasa Melayu
2
1119
Bahasa Inggeris
3
1223
Pendidikan Islam
4
1225
Pengetahuan Moral
5
1249
Sejarah
6
1449
Matematik
7
1511
Sains

Mata Pelajaran Pilihan Yang Ditawarkan Di SMIH

BIL
KOD
NAMA MATA PELAJARAN
1
2205
Literature In English
2
2215
Kesusasteraan Melayu
3
2361
Bahasa Arab Tinggi
4
3472
Matematik Tambahan
5
3756
Prinsip Akaun
6
4531
Fizik
7
4541
Kimia
8
4551
Biologi
9
4561
Sains Tambahan
10
5226
Tasawwur Islam
11
5227
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
12
5228
Pendidikan Syariah Islamiah
13
6362
Bahasa Arab (Komunikasi)

Pelajar/calon diwajibkan mengambil bilangan minimum mata pelajaran teras sahaja, yakni enam mata pelajaran mengikut bidang.

Walau bagaimanapun, pelajar/calon bebas memilih untuk mengambil mata pelajaran selain daripada mata pelajaran teras pada peperiksaan yang sama atau pada mana-mana peperiksaan yang lain.

Mereka juga boleh mengambil minimum enam mata pelajaran yang hanya terdiri daripada mata pelajaran teras atau semaksimum yang termanpu olehnya.

Bagaimana SPM dilaporkan?

Syarat minimum pemberian sijil dalam Sistem Pensijilan Terbuka ini ialah “lulus” dalam Bahasa Melayu.

Sijil dianugerah atas merit sesuatu mata pelajaran dan bukannya syarat kelompok mata pelajaran. Sijil yang dianugerah tidak mencatatkan pangkat pencapaian keseluruhan dalam peperiksaan tetapi ia mencatat peringkat pencapaian subjek yang lulus sahaja.

Pencapaian setiap mata pelajaran dilaporkan dalam sijil adalah seperti berikut:

Peringkat
Takrif
1A
Cemerlang
2A
3B
Kepujian
4B
5C
Lulus
6C
7D
8E

(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia http://www2.moe.gov.my/~lp/faq_spm.htm )

 

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com