Make your own free website on Tripod.com

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama

KEPUTUSAN PMR

 


NEWSLETTER-IPHIRA'


PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
 
Apa itu PMR?

PMR adalah peperiksaan kebangsaan yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah.

Siapa yang menduduki PMR?

Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Tiga sekolah menengah rendah berdasarkan Kurikulum Bersapadu Sekolah Menengah (KBSM)

Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

PMR terbuka kepada pelajar Tahun Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Apakah objektif PMR?

Objektifnya ialah untuk menilai prestasi pelajar di akhir tahun tiga sekolah menengah.

Apakah mata pelajaran yang diuji (SMIH)?

Pelajar SMIH akan menduduki peperiksaan bagi 9 matapelajaran berikut :-

BIL
KOD
MATA PELAJARAN
1
02
Bahasa Melayu
2
12
Bahasa Inggeris
3
21
Sejarah
4
23
Geografi
5
31
Bahasa Arab (Komunikasi)
6
45
Pendidikan Islam
7
50
Matematik
8
55
Sains
9
76
Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 1)
Bagaimana PMR dilaporkan?

Semua mata pelajaran yang diambil dalam PMR akan dilapor dalam bentuk pernyataan keputusan peperiksaan. Keputusan akan direkod mengikut gred berikut:

Peringkat
Takrif
A
Cemerlang
B
Kepujian
C
Baik
D
Mencapai tahap penguasaan minimum
E
Tidak mencapai tahap penguasaan minimum

Prestasi pelajar dalam kerja kursus akan digred seperti berikut:

Peringkat
Takrif
1
  Baik
2
  Memuaskan
3
  Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum
4
  Dikecualikan
5
  Tidak Melaksanakan

(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia http://www2.moe.gov.my/~lp/faq_pmr.htm)

 

 

2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com