Make your own free website on Tripod.com

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


LOGO & MOTTO - Sekolah Menengah Islam Hira' (Jeram)


Logo SMIH

Bulatan Penuh

Pemilihan bulatan penuh sebagai latar belakang logo sekolah melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan kerana ciri kesempurnaan yang tedapat di dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah swt kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.

Firman Allah swt yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata".

Bulan Sabit

Kesucian Islam sebagai Ad-Deen yang merupakan asas pendidikan dan pengajaran Hira'.

Bintang Lapan

Arah mata angin yang melambangkan arah tuju ilmu Islam setelah ianya dipelajari dan di amalkan.

Kitab Terbuka

Sebuah kitab yang terdapat di dalam " Bintang Lapan" berkenaan itu adalah kitab Al-Qur'an sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta disebarkan ke serata pelusuk dunia.

Motto

Didalam bulatan berwarna hijau terpampang motto Sekolah Menengah Islam Hira' iaitu "Wa A`iddu" wa aidduyang membawa maksud bersedialah kamu semua. Persediaan yang dimaksudkan dari sgi Fikriah, Jasmaniah dan 'Aqliah. Ketiga-tiga persediaan ini amat penting dan perlu ditanamkan kepada setiap diri pelajar agar ianya dapat dimanafaatkan oleh mereka untuk menghadapi masa-masa akan datang yang penuh dengan dugaan dan pancaroba.

Warna Kuning dan Hijau

Warna kuning melambangkan kesucian dan kepatuhan kepada Islam manakala warna hijau melambangkan keamanan, kesentosaan dan kedamaian hidup dibawah naungan Islam sebagai latarbelakang lencana Sekolah Menengah Islam Hira'.

 

2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com