Bulatan Penuh |
Lencana
Sekolah Rendah Islam Hira' berbentuk bulat denga
bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan
Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.
Inilah kefahaman asas yang ditekankan kepada para
pelajar SRI Hira'.
|
Buku |
Buku
melambangkan ilmu pengetahuan yang mana Al-Qur'an dan
Hadist merupakan sumber utamanya dan menjadi teras
kepada sistem pendidikan Hira'.
|
Warna Putih & Hijau
|
Warna
latarbelakang putih bermaksud keadaan murid-murid yang
masih suci apabila memasuki sekolah. Adalah menjadi
hasrat sekolah dengan kerjasama ibubapa untuk
mewarnakan peribadi murid-murid dengan akhlak Islam
yang mulia lagi terpuji dan mengambil Rasulullah
sebagai contoh. Inilah juga tafsiran warna hijau (yang
lazimnya dkaitkan dengan Islam ) yang menjadi warna
utama logo sekolah.
|
Motto |
Motto "
Ilmu Diamal Iman Ditingkat " adalah rumusan
kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid
iaitu segala ilmu ( kebenaran ) yang diterima tidak
akan memberi manafaat selagi tidak diamal dan dihayati
. Sesungguhnya hanya orang yang beriman sahaja akan
sedaya upaya menterjemahkan ilmu dan amal kepada
amalan. Insya'Allah, dengan cara itu tahap keimanan
dijiwa murid akan meningkat lantaran bertambah eratnya
hubungan mereka dengan Allah SWT, Pencipta sekelian
alam.
|