Bulatan
Penuh |
Pemilihan
bulatan penuh sebagai latar belakang logo sekolah melambangkan
kesyumulan Islam sebagai pegangan kerana ciri kesempurnaan yang
tedapat di dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah swt kepada
hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.
Firman Allah swt yang bermaksud, "Wahai
orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam
keseluruhannya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata".
|
Bulan
Sabit |
Kesucian Islam sebagai
Ad-Deen yang merupakan asas pendidikan dan pengajaran Hira'.
|
Bintang
Lapan |
Arah mata angin yang
melambangkan arah tuju ilmu Islam setelah ianya dipelajari dan di
amalkan.
|
Kitab
Terbuka |
Sebuah kitab yang terdapat
di dalam " Bintang Lapan" berkenaan itu adalah kitab
Al-Qur'an sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala
ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta
disebarkan ke serata pelusuk dunia.
|
Motto |
Didalam bulatan berwarna
hijau terpampang motto Sekolah Menengah Islam Hira' iaitu "Wa
A`iddu" yang
membawa maksud bersedialah kamu semua. Persediaan yang dimaksudkan
dari sgi Fikriah, Jasmaniah dan 'Aqliah. Ketiga-tiga persediaan ini
amat penting dan perlu ditanamkan kepada setiap diri pelajar agar
ianya dapat dimanafaatkan oleh mereka untuk menghadapi masa-masa
akan datang yang penuh dengan dugaan dan pancaroba.
|
Warna
Kuning dan Hijau |
Warna kuning melambangkan
kesucian dan kepatuhan kepada Islam manakala warna hijau
melambangkan keamanan, kesentosaan dan kedamaian hidup dibawah
naungan Islam sebagai latarbelakang lencana Sekolah Menengah Islam
Hira'.
|