Bulatan
Penuh |
Pemilihan bulatan
penuh sebagai latar belakang logo Ma'had melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan
kerana ciri kesempurnaan yang tedapat di dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah swt
kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.
|
Bulan
Sabit |
Kesucian Islam sebagai
Ad-Deen yang merupakan asas pendidikan dan pengajaran Hira'.
|
Bintang
Lapan |
Arah mata angin yang
melambangkan arah tuju ilmu Islam setelah ianya dipelajari dan di
amalkan.
|
Kitab
Terbuka |
Sebuah kitab yang terdapat
di dalam " Bintang Lapan" berkenaan itu adalah kitab
Al-Qur'an sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala
ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta
disebarkan ke serata pelusuk dunia.
|
Tangkai
Padi |
Dua tangkai padi yang mempunyai 15
biji padi setiap satu melambangkan 30 juzu' Al-Quran. Ianya juga
melambangkan bahawa para huffaz mengamalkan resmi padi iaitu makin
berisi makin tawaadhu'
|
Motto |
Didalam bulatan berwarna hijau terpampang motto
Ma'had Tahfiz Al-Quran Hira'
iaitu "Dustuuruna Al-Quran"yang membawa maksud
Al-Quran sebagai perlembagaan atau manhaj di dalam kehidupan kami.
Bukan sekadar menghafaz tetapi ia perlu sentiasa mentadabburkan
ayat-ayat Al-Quran dan amalkan di dalam peribadi muslim.
Manakala pengunaan Bahasa Arab
melambangkan Bahasa Al-Quran.
|
Warna
Putih |
Melambangkan kesucian, fitrah dan
kepatuhan kepada Islam. Manakala warna hijau pula melambangkan
keindahan, kedamaian dan ketenangan hidup di bawah naungan
Al-Quran.
|