Bulatan Penuh |
Pemilihan bulatan
penuh sebagai latar belakang logo sekolah melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan
kerana ciri kesempurnaan yang tedapat di dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah swt
kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.
Firman Allah swt yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman masuklah
kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata".
|
Bulan
Sabit |
Kesucian Islam sebagai Ad-Deen yang merupakan asas pendidikan dan pengajaran
Hira'.
|
Bintang
Lapan
|
Arah mata angin yang melambangkan arah tuju ilmu Islam setelah ianya dipelajari
dan di amalkan.
|
Kitab Terbuka
|
Sebuah kitab yang terdapat di dalam " Bintang Lapan" berkenaan itu
adalah kitab Al-Qur'an sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala ilmu
pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta disebarkan ke serata pelusuk
dunia.
|
Motto |
Didalam bulatan berwarna hijau terpampang motto Sekolah Menengah Islam Hira'
iaitu "Wa A`iddu" yang membawa maksud bersedialah kamu semua. Persediaan yang
dimaksudkan dari sgi Fikriah, Jasmaniah dan 'Aqliah. Ketiga-tiga persediaan ini amat
penting dan perlu ditanamkan kepada setiap diri pelajar agar ianya dapat dimanafaatkan
oleh mereka untuk menghadapi masa-masa akan datang yang penuh dengan dugaan dan pancaroba.
|
Warna Kuning dan Hijau
|
Warna kuning melambangkan kesucian dan kepatuhan kepada Islam manakala warna
hijau melambangkan keamanan, kesentosaan dan kedamaian hidup dibawah naungan Islam sebagai
latarbelakang lencana Sekolah Menengah Islam Hira'.
|