Make your own free website on Tripod.com

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama

MENU

Sejarah Penubuhan
Sistem Pendidikan
Perkembangan
Visi & Misi
Lembaga Pentadbir
10 Tahun Hira'

NEWSLETTER-IPHIRA'


SISTEM PENDIDIKAN HIRA'
 
Pendahuluan

Sistem pendidikan Hira’ telah mula dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Hira’ pada tahun 1985. Bermula dengan hanya 35 orang murid, SRI Hira’ telah berkembang dengan pesatnya dan pada masa kini (1997) jumlah penuntut dalam Sistem Pendidikan Hira’ adalah seramai 1213 orang iaitu 1008 di sekolah rendah, 198 di sekolah menengah dan 7 di Maahad Tahfiz. Pada tahun ini juga buat pertama kalinya Pendidikan Hira’ terus berkembang dengan mula mengendalikan tadika. Usaha-usaha ini memberi ruang kepada masyarakat setempat memilih sistem pendidikan yang bersepadu dan sama-sama mendokong cita-cita, aspirasi dan falsafah pendidikan Hira’. Walaupun struktur sistem pendidikan bersifat komersial tetapi ianya tidak bermotifkan keuntungan, ia lebih kepada suatu perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Matlamat

Matlamat pendidikan Hira’ adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi.

Bagi mencapai matlamat di atas, pendidikan di Hira’ akan memberikan tumpuan kepada perkembangan setiap individu pelajar dari peringkat tadika, rendah hingga menengah dan seterusnya ke peringkat Kolej dan Universiti. Teras kepada sistem pendidikan di Hira' adalah proses pendidikan secara berterusan.

Objektif

Pendidikan di Hira' akan memberi tumpuan kepada perkembangan setiap individu pelajar dari peringkat tadika, rendah hingga menengah dan seterusnya ke peringkat kolej dan universiti. Tumpuan khusus akan diberikan mengikut peringkat pelajar di dalam satu proses pendidikan yang berterusan.

Usaha-usaha ke arah mencapai objektif tersebut akan dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

  • Mempelajari, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah.
     
  • Memberi penekanan terhadap kesucian aqidah Islamiyah, ibadah yang sahih dan akhlaq yang terpuji.
     
  • Memupuk dan membentuk minda yang cergas, fizikal yang cergas dan emosi yang terkawal.
     
  • Memupuk sikap yang positif, berdikari dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.
     
  • Menyediakan pelajar yang dapat menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
     
  • Membentuk pelajar yang dapat menguasai sains dan teknologi maklumat.
     
  • Membentuk pelajar yang berkemampuan menguasai Bahas Arab, Inggeris dan Melayu dalam kehidupan.
     
  • Memupuk sifat cinta terhadap Allah, RAsulullah, para sahabat, ibubapa, rakan-rakan, para pejuang Islam, bangsa dan negara.
     
  • Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati sejarah Islam, bangsa dan negara.
Falsafah

Pendidikan di Hira' adalah pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com