SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama

MENU

Sejarah Penubuhan
Sistem Pendidikan
Perkembangan
Visi & Misi
Lembaga Pentadbir
10 Tahun Hira'

NEWSLETTER-IPHIRA'


SEJARAH PENUBUHAN HIRA'
 
Pendahuluan

Sekolah Rendah Islam Hira' (SRI Hira') telah ditubuhkan pada tahun 1985. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987 sekolah ini telah berpindah ke Lot 237-S, Kg. Batu Belah, Klang. Sejak itu ia telah berkembang dengan pesatnya.

Penubuhan

Penubuhan SRI Hira' dimulakan dengan darjah satu sahaja. Setiap tahun, satu darjah ditambah sehingalah sesi 1989/90 yang mana sekolah ini buat pertama kalinya telah memulakan pengajaran sehingga ke darjah enam. Dengan ini, sempurnalah penubuhan SRI Hira'. Kumpulan pertama murid-murid yang melalui sepenuhnya pendidikan peringkat rendah di SRI Hira' telah dikeluarkan pada penghujung sesi 1989/90.

Sebahagian besar pelajar-pelajar ini telah menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Hira' yang bermula pada sesi 1990/91. Pelajar-pelajar ini mula menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) buat pertama kali pada sesi 1992/93 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada sesi 1994/95.

Pada sesi 1993/94 Maahad Tahfiz Al-Quran Hira telah ditubuhkan. Pengambilan pelajar pada permulaannya terhad kepada pelajar yang melalui sistem pendidikan Hira' selepas PMR (Tingkatan 3). Tetapi pada sesi 1997/98 pengambilan pelajar pada peringkat selepas darjah enam dibuka selain selepas PMR. Tempoh maksimum di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira ialah 3 tahun.

Sejarah

Sistem Pendidikan Hira' mula dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Hira' (SRI Hira') pada tahun 1985 di Shah Alam. dengn hanya 35 penuntut, SRI hira' telah berkembang dengan pesatnya hingga kini (tahun 2000) jumlah penuntut yang berada di bawah naungan sistem Hira' adalah seramai 1118 penuntut di peringkat Sekolah Rendah Islam Hira' di Batu Belah, Klang, 278 penuntut pada peringkat Sekolah Menengah Islam Hira' (SMI Hira') di Jeram dan 30 penuntut di peringkat Ma'had tahfiz Al-Quran Hira' juga di Jeram Selangor.

Di samping itu sistem pendidikan di peringkat Nurseri dan Tadika juga dijalankan. Hingga tahun 2000 terdapat tiga pusat Tadika/Nurseri diusahakan di Batu Belah, Rantau Panjang dan Jeram, Selangor dengan jumlah pelajar seramai 269.

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com