Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Persatuan Ibubapa & Guru
[ YDP PIBG SRIH | AJK PIBG SMIH & MTAQH ]

Wawasan PIBG SRI Hira'
Oleh : YDP Hj. Muhammad Ridzuan Jaafar 

Menemui teman-teman ibubapa, dengan harapan semuanya berada dalam rahmat Allah.

Mendidik adalah suatu proses yang tidak akan berakhir kecuali dengan kematian. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Proses pendidikan Islam dalam membentuk generasi akan datang bukanlah suatu proses yang mudah. Ia menagih pelbagai pengorbanan dari semua pihak, iaitu ibubapa, guru-guru, pengurusan, murid dan masyarakat, jika kita benar-benar mahu menjayakan falsafah pendidikan.

Menyedari hakikat ini, maka PIBG SRI Hira' akan dijadikan satu wadah utnuk membantu menjayakan proses pendidikan ini. Kita melihat pendidikan sebagai suatu medan yang cukup luas yang memungkinkan semua pihak untuk terlibat dan menyumbang dalam apa jua brntuk yang termampu. Menginsafi kemampuan yang terbatas, PIBG membuka ruang seluasnya untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO, individu dan ayarikat selaras dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan bekerjasamalah di atas dasar kebaikan dan taqwa, dan janganlah di atas dosa dan pelanggaran".

Melihat kepada perjalanan yang masih jauh, PIBG akan mengambil langkah awal untuk merapatkan hubungan antara ahli dengan menubuhkn sebuah persatuan pengguna. Para ibubapa dan guru boleh mendaftar nama dan kenderaan untuk membaharui takaful kenderaan. PIBG juga akan melantik sebuah syarikat untuk menawarkan khidmat bantuan kecemasan, kereta tunda 24 jam, penghantaran bateri, semuanya secara percuma di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menuruti langkah itu, PIBG juga akan menubuhkan sebuah Dewan Perniagaan yang menghubungkan ibubapa yang menjalankan perniagaan dalam apa jua bentuk samada barangan atau perkhidmatan untuk dipromosikan kepada persatuan pengguna yang telah diwujudkan. Dengan ini, diharap akan lahoir sebuah masyarakat yang saling membantu dalam meningkatkan sosio ekonomi secara kolektif.

Menutup bicara, semoga niat dan usaha kita sentiasa dibajai dengan keikhlasan dan tawakal yang berterusan serta sokongan dan dorongan dari semua pihak. Semoga amal jariah kita membawa kebahagian ketika bertemu Allah di akhirat nanti.


 

2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com