|
|
Tips
Mendidik Anak-Anak
("40
Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj.
Mohd Ali)
TIPS 5 : JANGAN
MELAHIRKAN SUASANA KURANG SERONOK KETIKA MAKAN
Anak-anak seharusnya menikmati hidangan makanan
dalam suasana aman, damai dan tenang. Suasana
seperti ini dapat menghilangkan rasa keletihan
belajar atau bekerja, berfikir atau bermain.
Suasana baik seperti ini dibebani pelbagai masalah
dalam kehidupan dan sebagainya. Suasana tegang
ketika menghadapi makanan biasanya membantutkan
keinginan anak-anak untuk meneruskan makan dan
sekaligus mungkin anak-anak akan mengambil
tindakan seperti menyegerakan makan dan
meninggalkan meja makan. Ke anak temtema mematikan
keinginan anak-anak untuk berbual mesra. berkasih
sayang dan bergurau senda yang boleh menimbulkan
suasana nyaman dan mesra dalam keluarga.
menentukan suasana yang baik akan muncul sewaktu
menghadapi hidangan makanan yang merupakan rutin
harian maka perkara-perkara berikut hendaklah
diberi perhatian:-
a. Elakkan mencari dan mengungkit
kelemahan-kelemahan ahli keluarga sewaktu berada
di hadapan rezeki
b. Hindarkan daripada perbuatan memaparkan
sifat-sifat keji sewaktu menjamah makanan seperti
meninggi diri. menidakkan kebolehan orang lain dan
sebagainya.
c. Hentikan perbuatan rnengeji dan menghina
makanan.
d. Sering menyedari yang ibu bapa tidak seharusnya
menunjukkan sifat gelojoh sewaktu makan atau
lain-lain perbuatan kurang sopan yang tidak layak
ditunjukkan sewaktu menghadapi rezeki bersama anak
isteri.
e. Jangan tinggalkan ahli keluarga di meja makan
sedangkan ibu atau ayah meletakkan makanan ke
pinggan sendirt dan memilih untuk duduk di tempat
lain seperti di hadapan televisyen, berada di
ruang tamu membaca surat khabar dan sebagainya.
f. Tunjukkan yang anda benar-benar menghargai
orang yang memasak dan menyajikan makanan dengan
tebih berlaku adil kepada makanan yang disajikan.
Dipetik dari buku "40
Kesilapan Mendidik Anak"
oleh Dr. Hassan Hj. Mohd Ali
Bersambung
di edisi Julai |
|
|