SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


LOGO & MOTTO - Sekolah Rendah Islam Hira' (Shah Alam)



Bulatan Penuh

Lencana Sekolah Rendah Islam Hira' berbentuk bulat denga bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Inilah kefahaman asas yang ditekankan kepada para pelajar SRI Hira'.

Buku

Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang mana Al-Qur'an dan Hadist merupakan sumber utamanya dan menjadi teras kepada sistem pendidikan Hira'.

Warna Putih & Hijau

Warna latarbelakang putih bermaksud keadaan murid-murid yang masih suci apabila memasuki sekolah. Adalah menjadi hasrat sekolah dengan kerjasama ibubapa untuk mewarnakan peribadi murid-murid dengan akhlak Islam yang mulia lagi terpuji dan mengambil Rasulullah sebagai contoh. Inilah juga tafsiran warna hijau (yang lazimnya dkaitkan dengan Islam ) yang menjadi warna utama logo sekolah.

Motto

Motto " Ilmu Diamal Iman Ditingkat " adalah rumusan kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid iaitu segala ilmu ( kebenaran ) yang diterima tidak akan memberi manafaat selagi tidak diamal dan dihayati . Sesungguhnya hanya orang yang beriman sahaja akan sedaya upaya menterjemahkan ilmu dan amal kepada amalan. Insya'Allah, dengan cara itu tahap keimanan dijiwa murid akan meningkat lantaran bertambah eratnya hubungan mereka dengan Allah SWT, Pencipta sekelian alam.

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com