SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


LOGO & MOTTO - Ma'had Tahfiz Al-Quran Hira'


Logo SMIH

Bulatan Penuh

Pemilihan bulatan penuh sebagai latar belakang logo Ma'had melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan kerana ciri kesempurnaan yang tedapat di dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah swt kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh.

Bulan Sabit

Kesucian Islam sebagai Ad-Deen yang merupakan asas pendidikan dan pengajaran Hira'.

Bintang Lapan

Arah mata angin yang melambangkan arah tuju ilmu Islam setelah ianya dipelajari dan di amalkan.

Kitab Terbuka

Sebuah kitab yang terdapat di dalam " Bintang Lapan" berkenaan itu adalah kitab Al-Qur'an sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta disebarkan ke serata pelusuk dunia.

Tangkai Padi

Dua tangkai padi yang mempunyai 15 biji padi setiap satu melambangkan 30 juzu' Al-Quran. Ianya juga melambangkan bahawa para huffaz mengamalkan resmi padi iaitu makin berisi makin tawaadhu'

Motto

Didalam bulatan berwarna hijau terpampang motto Ma'had Tahfiz Al-Quran Hira' iaitu "Dustuuruna Al-Quran"yang membawa maksud Al-Quran sebagai perlembagaan atau manhaj di dalam kehidupan kami. Bukan sekadar menghafaz tetapi ia perlu sentiasa mentadabburkan ayat-ayat Al-Quran dan amalkan di dalam peribadi muslim.

Manakala pengunaan Bahasa Arab melambangkan Bahasa Al-Quran.

Warna Putih

Melambangkan kesucian, fitrah dan kepatuhan kepada Islam. Manakala warna hijau pula melambangkan keindahan, kedamaian dan ketenangan hidup di bawah naungan Al-Quran.

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com