SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

Laman Utama


NEWSLETTER-IPHIRA'


SEKOLAH ISLAM HIRA' SHAH ALAM
 
Prinsip Pendidikan

1. Penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah

2. Penanaman aqidah ahli sunnah wal jemaah

3. Pembentukan akal yang sihat, kritikal dan kreatif

4. Kefahaman tentang ilmu-ilmu Islam yang asas

5. Pembentukan akhlak dan pengamalan amal-amal Islam

6. Kecermelangan dalam ilmu-ilmu yang berorentasikan Sains dan Teknologi

7. Memupuk sikap yang positif, berdikari dan percaya kepada diri sendiri dan mengakis sifat-sifat yang negatif

8. Menyediakan para pelajar dengan kemahiran membaca al-Quran dengan betul, menanamkan rasa cinta dan penghargaan kepada al-Quran, memahami dan mengamalkan ajaran-ajarannya di dalam setiap aspek kehidupan.

9. Menyediakan para pelajar dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik termasuk tulisan jawi.

10. Menanamkan keimanan yang mendalam kepada Allah Pencipta Alam, kepada Malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-kitab dan Hari Akhirat berdasarkan kepada fahaman kesedaran dan perasaan.

11. Menumbuhkan minat generasi muda untuk menambahkan pengetahuan dalam adad dan pengetahuan keagamaan serta mengikut hukum-hukum agama dengan kerelaan dan kecintaan.

12. Melahirkan rasa bangga terhadap sejarah dan kebudayaan Islam dan pahlawan-pahlawan serta pengikut jejek mereka.

13. Mempertingkatkan dan memperluaskan kebolehan berkomunikasi didalam bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

14. Menubuhkan rasa kepercayaan diri, tanggungjawab, menghargai kewajipan, tolong menolong atas kebaikan dan taqwa, kasih-sayang, cintakan kebajikan, berjuang untuk kebaikan dan kebenaran, memgang teguh kepada prinsip Islam, berkorban untuk agama dan bersiap sediauntuk membela kesucian Islam.

15. Menanamkan sifat kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah dan sahabat dengan menjadikan mereka sebagai contoh teladan terbaik di dalam menhadapi kehidupan seharian.

Kemudahan & Fasiliti
1. Jumlah pelajar dalam satu kelas maksima 24 orang iaitu 9 kelas

2. Sebuah Dewan solat

3. Bilik Darjah berhawa dingin dan berkarpet

4. Sebuah Makmal komputer

5. Sebuah Bengkel/Makmal sains

6. Sebuah Perpustakaan

7. Setiap kelas disediakan alat pandang dengar seperti tv, video dan radio kaset

8. Bilik Guru dan Bilik Mesyuarat

9. Kafetaria dan kedai sekolah

Pentadbiran Hira' Shah Alam

Diuruskan oleh SRIHIRA EDUCATIONAL CENTRE SDN. BHD.

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com