Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com

 

Artikel

Tips Mendidik Anak-Anak
("40 Kesilapan Mendidik Anak" - Dr. Hassan Hj. Mohd Ali)


TIPS 2 : CARA MENEGUR KESILAPAN ANAK-ANAK

Anak-anak yang kerap dimaki hamun atau dicerca akibat melakukan kesilapan akan menjadi susah untuk diasuh atau dibela. Mereka akan menyimpan perasaan dendam dan akhirnya akan memusuhi ibubapa sendiri. Sepatutnya teguran yang diberikan kepada
anak-anak hendaklah disampaikan dengan
lemah-lembut dan betas kasihan. Bagi tujuan ini, perkara-perkara berikut mungkin boleh
difikirkan :

1. Sering mengawal perasaan dengan meyakinkan diri bahawa pendekatan maki hamun tidak akan mendatangkan kesan yang membina kepada pembentukan peribadi anak-anak.

2. Usahakan supaya sistem komunikasi dua hala menjadi amalan keluarga khususnya di antara ibu bapa dan anak-anak.

3. Sedarilah bahawa anda tidak akan menjadi lebih popular di kalangan anak-anak sekiranya maki hamun menjadi pilihan untuk mendidik mereka.

4. Berusahalah menyelami perasaan anak-anak di samping belajar mengetahui bisikan hati mereka.

5. Belajarlah cara-cara yang paling berkesan untuk mengekang sifat marah, baran dan cepat naik angin.

Dipetik dari buku "40 Kesilapan Mendidik Anak"
oleh Dr. Hassan Hj. Mohd Ali

Bersambung di edisi Jun

 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com