Laman Utama

SRI Hira' | SMI Hira' | Hira' Shah Alam | Ma'had Tahfiz | Tadika Hira'

BULETIN EDISI

SIDANG REDAKSI

Penasihat Abd. Rahaim Md Isa
Ketua Pengarang Ayub Sidik
Penolong Pengarang Johari Said, Saiful Jamsyir Md. Hakim, Siti Khadijah Ali, Suraida Hanim Hassan, Hamilah Basiran
Email : bul_hira@yahoo.com
BULETIN HIRA' (Edisi Internet)

April 2001 (Muharam - Safar 1422)

HIJRAH


Pada 26 Mac 2001 bersamaan I hb.Muharram 1422 H yang lalu masyarakat kita telah menyambut Maal Hijrah. Sehubungan dengan itu, banyak program tv yang disiarkan dan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak bertemakan Sambutan Maat Hijrah. Yang jelasnya ada program atau aktiviti yang dibuat dan dikaitkan dengan Maal Hijrah tetapi lebih menjurus ke arah program bersifat hiburan semata-mata.

Justeru itu pengertian hijrah perlulah difahami dengan pengertian yang sebenarnya oleh umat Islam seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis nabi:
"Tidak ada lagi hijrah selepas kemenangan atau pembukaan Kota Makkah"

Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah? Menurut pengertian bahasa hijrah ialah berpindah atau meninggalkan. Pada zaman Rasulullah s.a.w orang-orang Islam diperintahkan agar berpindah meninggalkan Kota Makkah ke Madinah untuk kepentingan agama Islam.

Kini pengertian hijrah yang dituntut oleh syariat ialah berhijrah dari melakukan larangan Allah atau meninggalkannya sama sekali kepada melaksanakan segala yang diperintah dan yang disukai Allah. Contohnya seseorang perempuan yang tidak menutup aurat, meninggalkan amalan tersebut dengan berpindah kepada amalan menutup aurat seperti yang disuruh oleh Islam. Dalam ertikata yang lebih luas, hijrah hendaklah dilaksanakan meliputi perkataan, perbuatan dan hati.

Kesimpulannya, seseorang manusia perlu berhijrah dan satu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Dengan cara ini ia dapat meningkatkan martabatnya di sisi Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang sama antara dua harinya maka dia tertipu"


 

© 2001 Laman Siber Hira'
Email Webmaster : iphira@lycos.com